Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
perkara perlu lakukan banjir
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Peka, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

Nur Alissa

Peka, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

Kebelakangan ini, ribut petir dan hujan lebat sering melanda seluruh negara susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Tambahan lagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini berbanding tahun lepas.

Sudah tentunya kebarangkalian untuk petempatan di kawasan berisiko banjir adalah tinggi.

Meskipun banjir antara salah satu bencana alam yang tidak dapat dielakkan, namun kita mampu membuat persiapan awal untuk berdepan dengan bencana ini.

Hari ini menyaksikan beberapa kawasan di negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Perak mula dinaiki banjir.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berkongsikan antara persediaan awal, semasa dan selepas yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa menghadapi bencana alam ini.

Sebelum Banjir

perkara perlu lakukan banjir
Gambar: Bernama

1. Simpan dokumen penting, barang berharga ke dalam bekas kalis air.

2. Simpan air bersih untuk kegunaan mandi dan minum.

3. Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan yang terdekat.

4. Sediakan peralatan kecemasan secukupnya.

5. Sediakan power bank untuk kegunaan kecemasan.

6. Bersiap sedia untuk berpindah (patuh arahan pihak berkuasa).

Semasa Banjir

perkara perlu lakukan banjir
Gambar: Bernama

1. Jangan kembali ke rumah tanpa arahan pihak berkuasa.

2. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir.

3. Elakkan menyentuh barangan elektronik.

4. Awasi kanak-kanak dan elakkan daripada bermain dengan air banjir.

5. Jika terdapat risiko banjir kilat di lokasi anda, segera berpindah.

6. Minum air masak atau air yang berbungkus.

Selepas Banjir

musim banjir
Gambar: Bernama

1. Jangan hampiri talian elektrik yang putus atau jatuh.

2. Elakkan makan makanan yang terdedah.

3. Elakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit.

4. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.

5. Buang makanan yang sudah rosak termasuk makanan tin yang sudah terendam.

6. Masuk rumah dengan berhati-hati dan pastikan memakai kasut.

Sumber: Jabatan Pengairan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur via Majlis Keselamatan Negara

BACA: Banjir Makin Memburuk Di Kelantan, Beberapa Kawasan Dilapor Terjejas

BACA: 5 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Pagi Ini

BACA: “Tak perlu pergi hiking..”, Penduduk Teruja Fenomena ‘Awan Karpet’ Di Sekitar Bangi, Putrajaya