Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
australia larang media sosial
Kredit: AFP

Australia Lulus Undang-Undang Larang Kanak-Kanak Gunakan Media Sosial

Azizah Najib

Australia Lulus Undang-Undang Larang Kanak-Kanak Gunakan Media Sosial

ISTANBUL (Bernama) — Dalam keputusan bersejarah, Senat Australia pada Khamis meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.

Undang-undang itu yang diluluskan pada hari terakhir sesi Senat yang sedang berlangsung, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, selepas itu individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah “perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.”

BACA: RMHC Malaysia Sumbang 10,000 Pek Kembali Ke Sekolah Untuk Kanak-Kanak Di Seluruh Negara

Bagaimanapun, di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak boleh memaksa pengguna untuk memberikan pengenalan rasmi kerajaan, termasuk ID digital, untuk menilai umur mereka, menurut ABC News.

Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Parlimen pada Rabu, turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (US$32 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.

Seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentangnya. Namun, Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang ini dengan sokongan 102 undi berbanding hanya 13 ahli parlimen yang menentang larangan itu.

BACA: KPM Siasat Pelajar Thailand Rentas Sungai Golok Bersekolah Di Malaysia

Sebelum ini, Albanese berkata media sosial “menyebabkan kemudaratan sosial.”

“Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar dan kami mahu ibu bapa tahu yang kerajaan di sisi mereka. Ini adalah reformasi penting. Kami tahu sesetengah kanak-kanak akan mencari jalan menggunakannya (media sosial), tetapi kami ingin menghantar mesej kepada syarikat media sosial untuk memperbaiki tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada 21 November.

BACA: Banjir: 18 Sekolah Di Terengganu Di Tutup

Sumber: Bernama