Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Hidap Kanser, Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia
Isteri kepada seorang guru, Mohammad Izzudin Azhar atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din yang menderita penyakit kanser tahap empat dilapor telah meninggal dunia.
Allahyarhamah, Nur Atiqah My Yusoff yang berusia 30 tahun menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi.
Berita duka itu dimaklumkan oleh abang Allahyarhamah, Izzuwan Yusoff menerusi satu hantaran di Facebook.
Isteri Cikgu Din meninggal dunia akibat kanser
“Al-Fatihah. Bagi sesiapa yang mengenali adik saya, Nur Atiqah Yusoff, beliau menghembuskan nafas terakhir terakhir semalam (Isnin).
“Mohon maafkan salah silap beliau, halalkan makan minum, kalau arwah ada hutang boleh beritahu saya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” maklum Izzuwan.
Dalam pada itu, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek turut menyampaikan ucapan takziah, menzahirkan rasa simpati terhadap pemergian Allahyarhamah Nur Atiqah.
“Ucapan takziah dan turut berduka cita kami sampaikan buat kaum keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah,” kata beliau.
Terdahulu, kisah Cikgu Din yang berulang-alik antara Sarawak-Semenanjung untuk menemani isterinya pernah menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, Cikgu Din adalah seorang pendidik yang bertugas di SJK(C) Ming Wok di Kanowit.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kemudian telah menempatkan Cikgu Din ke sekolah sementara di Kelantan untuk memudahkan urusan beliau.
Malah, KPM turut mengambil tindakan segera termasuk memberikan cuti kepada guru tersebut untuk berada di samping isterinya.
BACA: Kerosakan Yang Ramai Terlepas Pandang, Ini 5 Tanda “Head Gasket” Kereta Bermasalah
BACA: “Niat Nak Bagi Insaf Sikit,” Kucing Kelabu Sebak Tengok ‘Kawan-kawan’ Jadi Mangsa Banjir
Sumber: