Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Tak semua OKU parking OKU
Gambar: Freepik
Tiada Kategori

Ramai Tak Tahu, Tak Semua OKU Boleh Parking Di Tempat OKU

Hannah

Ramai Tak Tahu, Tak Semua OKU Boleh Parking Di Tempat OKU

Nampak saja kawasan parkir yang dicat biru, ramai antara kita pasti menganggap ia adalah ruang khas untuk semua golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Namun, hakikatnya tidak semua individu OKU layak menggunakan parkir khas ini.

Ramai mungkin keliru atau kurang faham mengenai peraturan sebenar yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini, pengguna TikTok @thaqibshaker yang dipercayai berstatus OKU telah berkongsi penjelasan yang membuka mata ramai.

Dalam video yang dikongsikan, @thaqibshaker dilihat menunjukkan kad OKU berwarna merah jambu.

“Saya ada kad OKU. Jadi, adakah saya boleh parkir kereta saya di mana-mana parkir OKU? Jawapannya, tak boleh,” tegasnya.

Menurut @thaqibshaker, parkir khas OKU hanya dikhaskan untuk individu dengan kecacatan fizikal.

Contohnya, individu yang kehilangan anggota badan, pengguna kerusi roda atau mereka yang mengalami masalah pergerakan yang serius.

“Walaupun saya ada kad OKU, OKU saya adalah kategori mental sahaja. Fizikal saya, Alhamdulillah, sempurna. Jadi, saya tak layak untuk guna parkir OKU,” jelasnya.

Kad OKU sahaja tidak cukup untuk melayakkan individu menggunakan parkir khas OKU

Beliau turut menekankan bahawa memiliki kad OKU sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan seseorang menggunakan parkir khas OKU.

Hal ini kerana pemohon perlu mempunyai pelekat OKU yang sah.

Tambahnya, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan pelekat OKU tersebut kerana ia hanya boleh diperoleh melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Untuk memohon pelekat OKU, pemohon boleh merujuk laman sesawang JPJ, di mana panduan lengkap mengenai permohonan akan disediakan.

“Berdasarkan maklumat daripada laman JPJ, permohonan pelekat OKU telah diperincikan hanya dikhaskan untuk golongan OKU kategori fizikal,” jelasnya lagi.

Untuk info, merujuk kepada JPJ, berikut adalah syarat-syarat utama bagi permohonan pelekat OKU:

  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar, waris atau wakil pertubuhan/persatuan.

  • Permohonan pelekat kenderaan kepada OKU fizikal yang berkerusi roda, memandu dan memiliki kenderaan yang dimodifikasi sahaja.

  • Kenderaan didaftarkan atas nama OKU berkenaan yang memiliki Kad OKU dengan nombor rujukan bermula dengan ‘PH’ (OKU dengan kurang upaya fizikal) atau ‘CA’ (Nombor rujukan Kad OKU lama yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak) atau;

  • Kenderaan telah didaftarkan di bawah kod kegunaan IA (Kenderaan Orang Cacat) atau;

  • Kenderaan milikan persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar/mendapat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Melalui perkongsiannya, @thaqibshaker turut mengingatkan orang ramai untuk berani menegur atau menghalang mana-mana individu yang tidak layak daripada menggunakan parkir khas ini.

Hormati hak & keperluan OKU

Perkongsian ini menyampaikan mesej penting kepada masyarakat untuk lebih peka dan menghormati hak golongan OKU, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan kemudahan khas seperti parkir OKU.

Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan kemudahan ini hanya digunakan oleh individu yang layak dan bergantung kepadanya untuk keperluan harian mereka.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman kita semua.

Hormatilah hak golongan OKU dan pastikan kemudahan ini sentiasa dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

BACA: Pengacara Majlis Buat Pengantin ‘Rugi’, Rupanya Ini Kisah Sebenar

BACA: Delta Works: Benteng Banjir Terbesar Dunia

BACA: Mengejutkan, Wanita Hamil Buat Follow-up Scan Tapi Doktor Tak Jumpa Kepala Bayi

Sumber: TikTok @thaqibshaker