Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Senarai Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia
Gambar AI
Tiada Kategori

10 Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

suhaila

10 Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Bersempena dengan cuti sekolah tak lama lagi, ramai ibu bapa merancang percutian keluarga untuk menghabiskan waktu berkualiti.

Tidak perlu terbang jauh, Malaysia juga menawarkan pelbagai destinasi yang aman, tenang, dan selesa untuk keluarga.

Pemilihan lokasi yang sesuai dan tempat penginapan yang mesra keluarga sangat penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan.

Banyak tempat di Malaysia, seperti resort di pergunungan atau pantai yang tidak sesak, menyediakan suasana damai dan aktiviti untuk semua.

Dengan perancangan yang bijak, percutian keluarga yang menyeronokkan dan mengeratkan hubungan pasti tercipta.

Berikut adalah senarai destinasi percutian mesra keluarga yang menarik di Malaysia yang wajib anda lawati untuk pengalaman percutian yang menyeronokkan, penuh dengan aktiviti, kenangan manis dan mesra bersama orang tersayang.

Legoland Malaysia Resort, Johor

Legoland Malaysia Resort, Johor adalah destinasi ideal untuk keluarga, terutamanya yang mempunyai anak kecil. Ia menawarkan Legoland Theme Park, Legoland Water Park, dan Legoland Hotel, dengan pelbagai permainan, gelongsor air, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

Keluarga boleh menikmati pengalaman bermain dengan Lego, mencuba permainan air, dan menonton pertunjukan 3D yang menghiburkan.

Langkawi, Kedah

Langkawi, Kedah adalah destinasi yang terkenal dengan pantai indah dan keindahan alam semula jadi, menjadikannya tempat yang sempurna untuk keluarga.

Aktiviti seronok termasuk menikmati pemandangan dari Langkawi Cable Car dan Sky Bridge, berkelah di Pantai Cenang, serta mengunjungi Langkawi Wildlife Park dan Underwater World.

Genting Highlands, Pahang

Genting Highlands, Pahang juga merupakan sa;ah satu destinasi percutian yang ideal dengan cuaca sejuk dan pelbagai tarikan mesra keluarga. Genting SkyWorlds Theme Park menawarkan banyak permainan untuk semua peringkat umur.

Aktiviti seronok termasuk bermain di taman tema, menikmati pemandangan dari SkyAvenue, melawat Snow World, dan berkeliling di Chin Swee Caves Temple.

Desaru Coast, Johor

Di samping itu, Desaru Coast, Johor yang menawarkan pengalaman pantai yang sempurna untuk keluarga dengan Desaru Coast Adventure Waterpark dan resort-resort mesra keluarga juga merupakan destinasi pilihan untuk percutian bersama keluarga.

Aktiviti seronok termasuk bermain di taman tema air, berkelah di pantai, dan menikmati pelbagai kemudahan di resort.

Penang

Selain itu, Penang juga merupakan destinasi pilihan kerana ianya kaya dengan sejarah, budaya, dan makanan hebat, serta banyak tempat menarik untuk keluarga.

Aktiviti seronok termasuk melawat Penang Hill, berjalan-jalan di George Town, menikmati makanan tempatan, dan mengunjungi Penang Butterfly Farm.

BACA : Cara Agar Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands, Pahang menawarkan cuaca sejuk dan banyak aktiviti luar yang sesuai untuk keluarga. Aktiviti seronok termasuk melawat Boh Tea Plantation, memetik buah strawberi, berkunjung ke Cameron Lavender Garden, dan menikmati butterfly garden. Semuanya memberikan pengalaman alam semula jadi yang menakjubkan.

Kuala Lumpur

Antara lain, Kuala Lumpur yag merupakan ibu kota Malaysia mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk keluarga. Aktiviti seronok termasuk menikmati pemandangan dari Menara KL, bermain di KLCC Park, dan menjelajahi Aquaria KLCC serta Petrosains Science Discovery Centre yang menawarkan hiburan dan pendidikan.

Taman Negara, Pahang

Destinasi percutian yang mesra keluarga seterusnya ialah Taman Negara yang terletak di negeri Pahang. Ianya menawarkan pengalaman hutan hujan tropika yang unik.

Aktiviti seronok termasuk jungle trekking, menikmati canopy walk, dan menaiki bot di sepanjang sungai, memberikan pengalaman pengembaraan luar yang mendalam dalam alam semula jadi.

Kota Kinabalu, Sabah

Di samping itu juga, anda boleh meilih Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi percutian bersama keluarga. Ianya menggabungkan alam semula jadi, kebudayaan, dan aktiviti luar untuk keluarga.

Terkenal dengan Gunung Kinabalu, Taman Negara Kinabalu, dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman, ia menawarkan peluang untuk trekking, snorkeling, dan menyelam.

Keluarga juga boleh mengunjungi Pasar Filipin untuk membeli kraftangan dan makanan tempatan, serta menikmati pantai di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kota Kinabalu menawarkan percutian penuh pengembaraan dan keindahan alam.

Sunway Lagoon, Selangor

Seterusnya, Sunway Lagoon, Selangor merupakan taman tema serba lengkap yang menawarkan keseronokan untuk seluruh keluarga. Ia mempunyai Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, dan Extreme Park.

Aktiviti seronok termasuk bermain di taman tema air, menikmati hiburan di taman permainan, melihat haiwan di Wildlife Park, dan mencuba aktiviti ekstrem di Extreme Park.

Malaysia penuh dengan destinasi menarik yang menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Dari taman tema, pantai, hingga pengalaman alam semula jadi, terdapat banyak pilihan untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga.

Pilih destinasi yang sesuai dengan minat dan perancangan anda, dan nikmati percutian yang tak dapat dilupakan.

BACA : 10 Negara Termurah di Asia Untuk Pengembara Bajet

Sumber :

klook

,

myholidays