Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kesihatan anak hari raya
Kredit: Bernama

12 Perkara Ibu Bapa Kena Beringat Demi Kesihatan Anak Ketika Raya

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

12 Perkara Ibu Bapa Kena Beringat Demi Kesihatan Anak Ketika Raya

Keterujaan pulang ke kampung bagi menyambut hari raya semakin terasa. Sudah tentu, pelbagai persiapan sudah mula dilaksanakan terutamanya pasangan yang mempunyai anak kecil. Bagi yang kampung halaman hanya sepelaung, mungkin tidak banyak persiapan yang perlu difikirkan.

Berbeza bagi mereka yang perlu menghadapi kesesakan jalan raya untuk tiba ke destinasi, persiapan penting seperti ubat-ubatan, bekalan makanan dan minuman serta alas kepala perlu disediakan buat anak-anak. Malah, keadaan kenderaan juga perlu diperiksa bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.

Dalam kesibukan memastikan kesemua perkara ini dipenuhi, terdapat beberapa perkara yang kita mungkin terlepas pandang. Antara yang paling penting ialah menitipkan pesanan buat anak-anak dalam menjaga keselamatan diri mahupun adab bertandang sebagai tetamu. Begitu juga peringatan buat diri dan pasangan dalam memastikan keselamatan anak-anak.

Seorang pegawai perubatan kanak-kanak, Dr Redza Zainol berkongsi beberapa nasihat demi kesihatan anak untuk dijadikan panduan ibu bapa pada hari raya. Nasihat ini juga bagi memastikan kita sebagai tetamu tidak menyebabkan penularan penyakit ketika bertandang. Ikuti perkongsian Dr Redza di bawah.

Nasihat Kesihatan untuk Raya

1. Jangan bawa anak pergi beraya di rumah orang lain jika anak ada ruam pada tangan, kaki dan mulut. HFMD mudah berjangkit.

2. Perhati anak kecil berdekatan kolam air. Anak kecil boleh lemas dalam air sedalam 2.5 sentimeter. Ini nasihat yang saya dapat daripada seorang Pakar Kanak Kanak.

3. Bawa siap-siap ubatan asas seperti ubat demam dan picagari sebelum balik kampung.

4. Jangan biarkan orang yang tak sihat cium muka atau tangan bayi anda. Bayi mudah terkena jangkitan seperti RSV dan Influenza.

5. Musim raya memang ramai anak yang cirit-birit. Berilah anak anda air garam ORS untuk ganti kehilangan garam dan air dalam badan.

6. Asap bunga api boleh cetuskan sesak nafas atau serangan asma pada kanak-kanak.

7. Kemasukan kanak-kanak ke wad disebabkan jangkitan paru-paru (Pneumonia) meningkat semasa musim raya.

8. Pastikan mainan bersaiz lebih besar daripada penutup botol air mineral untuk elak risiko anak tercekik.

9. Tukar lampin bayi setiap tiga hingga empat jam. Kadang-kadang perjalanan jauh dan terlupa nak tukar lampin menyebabkan berlaku ruam lampin.

10. Jangan suap bayi bawah usia enam bulan dengan air manis. Cukup dengan susu ibu atau susu formula.

11. Jangan goncang bayi kuat-kuat. Ia boleh menyebabkan pendarahan dalam otak (Shaken Baby Syndrome).

12. Rancang perjalanan anda supaya bayi boleh dapat tidur yang mencukupi antara 14-17 jam sehari.

BACA: Elak Terkandas Pulang Raya, Ini Senarai Barang Kit Kecemasan Kereta

BACA: Resipi Biskut Cornflakes Rangup, Kegemaran Tetamu Ketika Raya

Sumber: Facebook Redza Zainol