Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
guru guna ai
Kredit: TikTok

Guru Guna AI Tunjuk Masa Depan Impian Setiap Murid

Azizah Najib

Guru Guna AI Tunjuk Masa Depan Impian Setiap Murid

Mengimpikan sesuatu itu percuma. Tiada modal kewangan diperlukan, tiada had waktu ditetapkan. Biarpun begitu, apabila seseorang itu tekad untuk merealisasikan kerjaya impian atau cita-citanya, kedua perkara ini termasuk dalam senarai panjang aspek yang perlu diambil kira bagi merealisasikannya.

Jika diingat kembali, kali terakhir kebanyakan dalam kalangan kita berbual tentang kerjaya impian atau cita-cita sewaktu kecil dahulu. Menginjak ke alam remaja, seterusnya alam dewasa, kebanyakan antara kita sudah mula melupakan persoalan tentang cita-cita yang diimpikan. Sama ada disebabkan tekanan hidup mahupun tanggungjawab yang digalas, semakin ramai yang tidak mampu merealisasikan cita-cita tersebut.

Bagi sesetengah individu, segala perkara ini tidak menjadi halangan apabila semangat merealisasikan cita-citanya tidak pernah terpadam.

Baru-baru ini, tular video rakaman seorang guru sekolah rendah dipercayai dari China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan gambar ‘masa hadapan’ anak muridnya.

Bukan semata-mata sebagai aktiviti bilik darjah, usaha ini turut mampu menaikkan semangat anak murid dalam mencapai cita-cita mereka.

Video berdurasi 40 saat itu merangkumkan reaksi beberapa orang anak murid tampil ke hadapan kelas seorang demi seorang. Dengan berdiri membelakangi skrin, mereka akan melontarkan skrip contoh diikuti cita-cita masing-masing. Selepas beberapa saat, mereka akan dapat melihat gambar yang dijana oleh AI.

Tidak hanya tersenyum lebar, anak murid turut melompat kegembiraan tatkala melihat wajah masing-masing mengenakan pakaian kerjaya impian. Aktiviti ini turut membuatkan seluruh kelas teruja untuk melihat cita-cita rakan-rakan mereka.

Apa yang menarik, setiap cita-cita anak murid ini menunjukkan kebebasan dalam membuat pilihan masing-masing. Ada yang ingin menjadi penjaga zoo, ada juga yang ingin menjadi peguam wanita. Malah, tanpa disangka, ada juga yang ingin menjadi pengurus rangkaian aiskrim dan minuman teh terkenal China, Mixue.

Keunikan pilihan kerjaya impian murid-murid ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga maya. Bukan itu sahaja, rata-rata warga maya memuji usaha guru tersebut yang menggunakan teknologi AI ke arah kebaikan dengan memberi motivasi kepada anak muridnya.

Sumber: TikTok NextShark

BACA: Tindakan Orang Ramai Bantu “Rider” Kutip Duit Atas Jalan Sentuh Hati

BACA: “Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu