Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
tun abdullah
Kredit: Bernama/ Noor Hisham
Tiada Kategori

Tun Abdullah Berjasa, Beri Bantuan Kepada Pesakit Kanser – Hisham

Azizah Najib

Tun Abdullah Berjasa, Beri Bantuan Kepada Pesakit Kanser – Hisham

Berita duka pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sekitar jam 7.10 malam pada Isnin mengejutkan seluruh negara. Biarpun begitu lama mendiamkan diri daripada kaca media, anak jati Pulau Pinang ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat yang sempat merasai zaman pemerintahannya.

Tidak hanya digelar pemimpin merendah diri dan tidak gemar bercerita keburukan orang oleh bekas pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), malah Allahyarham Tun Abdullah juga seorang yang berjaya menerapkan naratif baharu dalam politik kekuasaan Malaysia menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain daripada membawa perubahan dalam kancah politik, anak jati Pulau Pinang ini juga menjadi penggerak dunia perubatan negara.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenang jasa dan bakti yang ditinggalkan Allahyarham.

Menurutnya, Institut Kanser Negara telah ditubuhkan di bawah naungan Allahyarham dan dia telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan institut itu berjalan lancar.

“Ketika itu saya telah diberikan wasiat dan tanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan Institut Kanser Negara demi untuk manfaat orang ramai.

“Tun Abdullah banyak berjasa dalam pembangunan modal insan di KKM dan memberi bantuan kepada pesakit kanser,” katanya.

BACA: “Bagaikan abang dan teman rapat…” – Najib Razak

BACA: ‘Pak Lah’ Bukan Sekadar Pemimpin, Insan Berjiwa Besar Terapkan Naratif Baru Malaysia – Anwar

Buat anda yang tidak tahu, Institut Kanser Negara (IKN) ditubuhkan hasil cetusan idea Allahyarham selepas kehilangan isteri tercintanya, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood akibat kanser payudara pada 2005.

Allahyarham menaungi pembinaan IKN yang dibina khusus bagi memberi rawatan dan perubatan terhadap pesakit kanser. Setelah sebuah tapak berkeluasan 1065 ekar di Presint 7 dikenal pasti, Allahyarham meluluskan pembangunan institut berkenaan.

Dalam satu perkongsian yang lain, Hisham yang kini menggalas jawatan Pengerusi Institut Jantung Negara turut memuat naik gambar ketika dia menziarahi jenazah Allahyarham.

Orang ramai dilihat sedang khusyuk membaca surah Yasin dan melakukan tahlil di kediaman Allahyarham.

“Al-Fatihah, semoga Pak Lah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya lagi.

Allahyarham Tun Abdullah akan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara selepas Zuhur hari ini. Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Sumber: Facebook Noor Hisham Abdullah

BACA: Abdullah Pemimpin Merendah Diri, Tidak Suka Cerita Keburukan Orang – Annuar

BACA: “Pak Lah pergi dalam keadaan tenang…” – Khairy Jamaluddin