Ibu Gajah Dipercayai Masih Berkeliaran, Cari Anak Yang Telah Tiada
Satu lagi video menyentuh hati tular di media sosial memaparkan ibu gajah yang kehilangan anaknya, dipercayai masih berkeliaran.
Dalam rakaman itu, kelihatan si ibu gajah berlegar di tengah jalan raya, seolah-olah mencari anaknya yang telah tiada.
“Lalu jalan Jeli-Gerik tadi. Nampak ibu gajah ni masih mencari anak dia yang dah mati kena langgar. Sayu hati.
“Naluri ibu takkan pernah padam. Dia masih menunggu walau anaknya takkan kembali,” tulis pemilik video.
@kutupai Lalu jalan Jeli/Gerik tadi… nampak ibu gajah ni masih cari anak dia yang dah mati kena langgar. Sayu hati, Naluri ibu tak pernah padam… dia masih menunggu walau anaknya takkan kembali. #JalanGerik #PuncakTitiwangsa
Kisah ini mengundang sebak ramai apabila sebelum ini tular sebuah video menyayat hati yang menunjukkan ibu gajah berkenaan cuba menolak sebuah lori yang telah melanggar dan menghimpit anaknya.
Lebih memilukan, insiden itu berlaku tepat pada sambutan Hari Ibu.
Walaupun anaknya sudah tidak lagi bernyawa, ibu gajah itu tetap setia menemani jasad kecil itu, tanpa berganjak selama lebih lima jam.
Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memberikan suntikan pelali untuk menenangkan ibu gajah tersebut sebelum ia dibawa kembali ke hutan.
Namun, pada pagi tadi, ibu gajah itu dipercayai kembali ke lokasi kejadian, dan kini masih berkeliaran.
BACA: Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik
BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak
BACA: Ibu Gajah Dipercayai Kembali Ke Lokasi Kejadian
Sumber: TikTok @kutupai