Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Anak Muammar Gaddafi Maut Dipercayai Dibunuh
Kredit: AFP

Anak Muammar Gaddafi Maut Dipercayai Dibunuh

Azizah Najib

Anak Muammar Gaddafi Maut Dipercayai Dibunuh

Tripoli -- Anak kepada bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam Gaddafi, 53, dipercayai maut ditembak oleh sekumpulan penembak, lapor AFP.

Memetik laporan peguam Saif, Marcel Ceccaldi, kumpulan berkenaan dipercayai menyerang kediamannya di bandar Zintan, barat Libya.

“Dia dibunuh hari ni pada jam 2 petang (1200 GMT) oleh satu komando yang terdiri daripada empat orang lelaki di kediamannya di Zintan,” kata peguam tersebut.

Sebelum ini, sebahagian pihak melihat Saif sebagai pengganti bapanya biarpun waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarbangsa terhadapnya yang melibatkan dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan.

Saif mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden pada tahun 2021. Namun, pilihan raya tersebut ditangguhkan tanpa penetapan tempoh masa.

Menurut AFP yang memetik Al-Ahrar Libya, penasihat Saif, Abdullah Othman Abdurrahim berkata, empat lelaki yang tidak dikenali itu telah menyerbu kediaman tersebut sebelum melumpuhkan kamera pengawasan kemudian menembaknya.

Identiti pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut masih belum dikenal pasti.

Tambah Ceccaldi, seorang rakan terdekat Saif Al-Islam pernah memberitahunya tentang masalah keselamatan beberapa hari lalu.

“Ketua suku Gaddafi telah menghubungi Saif dan memberitahunya, ‘Saya akan menghantar orang untuk memastikan keselamatan kamu.’ Namun, Saif menolaknya,” maklum peguam berkenaan.

Walaupun Saif tidak memegang sebarang jawatan rasmi di negara tersebut semasa pemerintahan bapanya, anak Muammar Gaddafi itu sering digambarkan sebagai perdana menteri de facto Libya.

Saif membina imej sebagai seorang yang sederhana dan reformis sebelum kebangkitan Arab Spring pada 2011.

Namun, reputasi yang dibina runtuh apabila Saif didakwa menjanjikan ‘lautan darah’ dalam menghadapi kebangkitan tersebut.

Negara terbahagi

Terdahulu, Saif ditangkap pada November 2011 di selatan Libya susulan waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

Sebuah mahkamah di Tripoli kemudian menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 2015. Hukuman tersebut dijatuhkan selepas perbicaraan singkat, namun beliau kemudiannya diberi pengampunan.

Keberadaan Saif tidak diketahui setelah sekian lama berikutan sering berpindah-randah. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh peguamnya.

Memetik nukilan pakar Libya, Emadeddin Badi di X, kematian Saif berkemungkinan dianggap syahid oleh sebahagian penduduk, di samping mengubah dinamik pilihan raya dengan menyingkirkan halangan utama kepada pilihan raya presiden.

“Pencalonan dan potensi kejayaannya merupakan titik pertikaian utama,” katanya.

Jurucakap terakhir Muammar Gaddafi, Moussa Ibrahim menyifatkan pembunuhan ini sebagai pengkhianatan dalam satu hantaran di media sosial.

“Dia inginkan Libya yang bersatu, berdaulat dan selamat untuk semua rakyatnya.

“Saya bercakap dengannya dua hari lalu. Dia tidak bercakap tentang apa-apa selain Libya yang aman dan keselamatan rakyatnya,” katanya.

Sumber:AFP