Siakap Keli
ibu gajah tolak lori
Kredit: Orang awam

Lelaki Kongsi Situasi Ketika Ibu Gajah Tolak Lori, Cuba Selamatkan Anak

Lelaki Kongsi Situasi Ketika Ibu Gajah Tolak Lori, Cuba Selamatkan Anak

Beberapa hari ini, ramai tersentuh dengan kisah pilu seekor ibu gajah yang enggan beredar dari sisi anaknya yang sudah tidak bernyawa.

Kisah menyayat hati itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi.

Insiden tragis itu berlaku apabila anak gajah malang berkenaan tersepit di bawah sebuah lori selepas dilanggar.

Lebih menyayat hati, si ibu gajah tetap setia berdiri di sisi anaknya dalam diam, seakan-akan menunggu agar si kecil itu kembali bangun semula.

Menurut perkongsian seorang lelaki yang berada di lokasi kejadian, dia terdengar bunyi (seakan-akan tangisan) dari si ibu gajah yang ketika itu cuba menolak lori yang menimpa anaknya.

“Dia cuba untuk menolak (lori itu) dan menarik (anaknya) yang pada ketika itu masih hidup. Anaknya masih bergerak,” kongsinya sayu.

Tambah lelaki itu lagi, si ibu gajah tidak lagi bertindak agresif (menolak lori) selepas diberikan ubat pelali oleh pihak bertanggungjawab.

https://x.com/bckupacc99/status/1921628077102186775?t=_LJafZQNK1hMiM6T9D6iNA&s=19

Cinta ibu, cinta teragung

Sama ada manusia atau haiwan, kasih seorang ibu tidak mengenal batas. Mereka sanggup berkorban, melindungi dan menjaga anak tanpa mengira keadaan.

Dalam suasana sambutan Hari Ibu kelmarin, kisah ini seolah-olah menjadi pesanan halus buat kita semua agar lebih menghargai insan yang bergelar “ibu”.

Sesungguhnya, cinta ibu tiada tandingan, dan pengorbanannya tidak mungkin terbalas.

BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak

BACA: Ibu Gajah Dipercayai Kembali Ke Lokasi Kejadian

BACA: Wanita Malaysia Kongsi Pengalaman “Shooting” Filem Thunderbolts

Sumber: @bckupacc99/X

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.