Siakap Keli
michael jackson bukit bintang
Kredit: hadzirsiri

Suara & Persembahan Padu, ‘Michael Jackson’ Bukit Bintang Curi Perhatian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Suara & Persembahan Padu, ‘Michael Jackson’ Bukit Bintang Curi Perhatian

Apabila disebut nama Michael Jackson, pasti ramai yang terkenang kembali lagu ikonik Thriller dan Billie Jean, lengkap dengan gerakan moonwalk yang dipopularkan oleh Michael Jackson suatu ketika dahulu.

Mendapat gelaran Raja Pop, Michael Jackson mengukir legasi luar biasa dalam dunia muzik. Michael Jackson memulakan kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan Jackson 5, dan terus menempa nama dengan nyanyian solo yang menggegarkan dunia. Biarpun telah meninggal dunia pada tahun 2000 yang mengejutkan dunia, lagu-lagu nyanyian mendiang masih bergema di serata dunia.

Baru-baru ini, lagu mendiang kembali bergema di tanah air apabila sebuah rakaman tular di media sosial. Seorang lelaki membuat persembahan di Bukit Bintang mengejutkan khalayak apabila suaranya menyanyikan lagu mendiang Michael Jackson, Man In The Mirror seumpama rakaman lama lagu tersebut dimainkan semula.

Tanpa memerlukan muzik latar, lantunan suaranya sahaja sudah membuatkan orang ramai meremang.

Nostalgia mendiang penyanyi kesayangan dunia itu kembali mengetuk ruang kaki lima di tengah kota.

Bukan hanya nyanyian berserta lirik yang tepat, malah lelaki warga Malaysia itu turut mempersembahkan gaya yang begitu menyerupai Michael Jackson. Ketika melontarkan nyanyian lagu seterusnya, lelaki tersebut tidak kelihatan kekok menyertakan gerakan ikonik Michael Jackson di khalayak ramai sehingga tamat nyanyiannya.

@hadzirsiri

Michael Jackson Bukit Bintang. Yang kenal brader ni tolong tag dia. Thank you!

♬ original sound – hdzr – hdzr

Ketika mencari pemilik suara tersebut, SK menemui tuan badan yang menggunakan akaun TikTok dengan nama Ebadey Jackson. Rupa-rupanya, anak kelahiran Semporna, Sabah ini pernah dijemput membuat persembahan di beberapa lokasi terkenal seperti Grand Hyatt Kuala Lumpur dan beberapa majlis makan malam.

Menjengah ke ruangan komen rakaman nyanyiannya di Bukit Bintang, warga maya berpusu-pusu memuji bakat pemuda tersebut.

“Waktu ni patut orang hadiahkan dia satu topi Michael Jackson, mesti lagi gempak walaupun persembahan tepi jalan,” ujar seorang lagi warga maya.

“Ini kalau saya dengan mak ada ni, memang menyanyi sekali. Kitorang dua beranak minat Michael Jackson,” kata yang lain.

Sumber: hadzirsiri

BACA: Lelaki Tunjuk Macam Mana Tamatkan Semua Episod One Piece Dalam 24 Jam Jam

BACA: Labur Lebih RM1 Juta, Lelaki Bina Rumah Shin-chan

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.