Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
bunga kantan hari guru
Kredit: Ieja Rejab
Tiada Kategori

“Boleh Masak Laksa,” Unik, Jambangan Bunga Kantan Jadi Hadiah Hari Guru

Azizah Najib

“Boleh Masak Laksa,” Unik, Jambangan Bunga Kantan Jadi Hadiah Hari Guru

Penghargaan buat insan mulia yang bukan sekadar menjadikan generasi muda bijak pandai, malah mendidik sahsiah dan perilaku yang baik tiada berpenghujung. Pelbagai cara digunakan bagi menzahirkan penghargaan kepada para guru pada Hari Guru.

Di kala yang lain memberi pelbagai jenis produk terkemuka sebagai hadiah, seorang pengguna TikTok, Ieja Rejab menggunakan kreativiti dengan menghasilkan jambangan bunga kantan dan brokoli untuk dihadiahkan kepada guru anak-anaknya.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, wanita berkenaan menunjukkan hasil gubahan bunga kantan yang kelihatan kemas dibalut dengan daunnya. Beberapa tangkai bunga kantan dibalut kemas dengan dihiasi riben berwarna putih dan merah jambu. Tidak hanya kelihatan segar, setiap jambangan juga nampak menarik dengan warna asli bunga kantan yang pelbagai rona.

“Hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anak kami. Dah boleh masak laksa cikgu ya. Asam pedas pun sedak juga, cikgu,” kata wanita berkenaan.

Rupa-rupanya, wanita berkenaan juga pernah menyiapkan hadiah berupa sayur brokoli untuk diberikan kepada guru-guru.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu lagi rakaman yang dimuat naik secara berasingan di laman TikTok miliknya.

“Tahun lepas Lotus buat jualan brokoli RM1. Jadi saya buat jambangan untuk hari guru anak-anak saya,” kongsinya bagi membalas salah satu komen dari warga maya.

Jambangan brokoli yang berwarna hijau pekat itu dihiasi dengan gambar rama-rama yang dicucuk pada setiap satunya. Gabungan warna hijau pekat brokoli bersama warna ceria rama-rama tampak berseri.

Hasil idea kreatif wanita ini meraih pujian warga maya yang kagum dengan kelaianan pilihan hadiah Hari Guru. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menerima hadiah seumpama itu.

“Kreatif lah mak-mak sekarang ni. Kita nak bagi macam ni, sayur pun mahal sekarang. Bagi alat tulis je,” kata seorang warga maya.

“Saya pun dapat bunga kantan semalam, siap ada limau purut dan limau nipis. Yang satu lagi dapat santan dan serbuk kari. Hari ni dah jadi kari pun. Bunga kantan tu macam nak buat laksa je,” kongsi seorang yang lain.

Sumber: Ieja Rejab

BACA: Gelagat Guru Yang Buat Kita Tersenyum Bila Ingat Balik

BACA: Mechamato Nombor 1 Di Platform Penstriman China Lepas 72 Jam Ditayangkan