Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
penjadualan semula penerbangan haji
Kredit: Lembaga Tabung Haji

Konflik Iran-Israel: Penerbangan Balik Jemaah Haji Dijadual Semula

Azizah Najib

Konflik Iran-Israel: Penerbangan Balik Jemaah Haji Dijadual Semula

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan penjadualan semula beberapa penerbangan balik jemaah haji menerusi laman rasmi Facebook lembaga tersebut.

Penjadualan semula ini berikutan nasihat keselamatan yang dikeluarkan syarikat penerbangan serta menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan Asia Barat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, dua penerbangan yang dijadualkan berlepas pada 24 Jun 2025 telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal.

Penjadualan semula tersebut melibatkan penerbangan KT043 (MH8301) dari Madinah dan KT034 (MH8291) dari Jeddah.

Penerbangan KT043 dijadualkan berlepas pada jam 5:10 pagi (waktu Arab Saudi), manakala KT034 dijadualkan pada hari yang sama jam 6:40 pagi.

“Kedua-dua penerangan carter haji di atas telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal. Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik,” maklum TH.

Berikutan itu, kesemua jemaah haji yang terlibat telah ditempatkan di hotel sekitar Jeddah dan Madinah sementara. Menurut TH, ia bertujuan memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah terjaga sepanjang tempoh berkenaan.

“Koordinasi di lapangan terbang sedang giat dijalankan antara pihak syarikat penerbangan dan TH bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah,” tambahnya lanjut.

Sehingga kini, sebanyak 39 penerbangan telah selamat tiba di tanah air manakala 61 lagi masih berbaki.

TH tekad memaklumkan perkembangan terkini termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Sumber: Lembaga Tabung Haji (TH)

BACA: Tiga Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

BACA: Ancaman Bom Paksa Pesawat Bawa Jemaah Haji Mendarat Cemas Di Medan