Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Azhan Rani Kenang Watak Dalam Drama Nur, Sentuh Isu Halau Jemaah Surau
Dunia lakonan sering menjadi cerminan kepada realiti masyarakat, meskipun kadang kala dianggap sekadar rekaan semata-mata. Setiap watak dan jalan cerita yang dipaparkan lazimnya diilhamkan daripada kisah sebenar yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar.
Sedar atau tidak, babak dalam drama sering kali mempunyai persamaan dengan kejadian sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian. Lakonan secara tidak langsung menjadi medium untuk membuka mata masyarakat agar menilai semula sikap dan nilai kemanusiaan yang semakin terhakis.
Seorang pelakon terkenal, Azhan Rani baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai kejadian seorang warga emas yang dihalau keluar dari sebuah surau.
Melalui hantaran di laman Instagram miliknya, Azhan menukilkan pandangannya berkenaan isu tersebut yang sedikit sebanyak terkait dengan pengalaman beliau dalam dunia lakonan.
Perkongsiannya dimulakan dengan menyentuh watak yang dipegangnya dalam sebuah drama popular, Nur.
“Masa aku buat drama ni mengucap panjang aku dengan watak aku ni sendiri. Syaitan bertopeng manusia. Nampak baik tapi nauzubillah.
“Tak apa lah, aku betulkan nawaitu biar orang benci dengan harapan orang kenal golongan macam ni dan jadikan sempadan dalam hidup di dunia realiti,” titipnya.
“Dalam drama Nur pun, kalau siapa ingat ada satu atak tok siak akan halau watak Nur yang cuba datang ke masjid sampai baling selipar hanya kerana Nur perempuan lorong dan dirasakan tak layak berada di rumah Allah tu,”
Menurutnya, biarpun babak tersebut mengundang kemarahan orang ramai ketika disiarkan, hakikatnya kisah sebegitu turut berlaku di dunia realiti.
“Tak apa lah itu dalam cerita. Yang pasal pak cik ni pula dalam realiti. Kebenaran itu pahit. Dalam drama, orang boleh melenting dan marah kalau sisi kudis-kudis kehidupan ini diceritakan.
“Tetapi mampukah kira menolak realiti kehidupan. Tak lari kudis-kudis yang kita bencikan,” persoal beliau.
Menerusi luahannya, Azhan menitipkan nasihat yang penuh menyentuh nilai kemanusiaan, empati dan adab di rumah ibadat. Beliau turut mengingatkan bahawa realiti kadang kala jauh lebih ‘berkudis’ daripada apa yang ada di dalam drama.
Sumber: Azhan Rani