Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
saharul ridzwan pesan suami
Kredit: Saharul Ridzwan
Tiada Kategori

Fahami Jiwa Isteri, Saharul Ridzwan Titip Pesan Buat Para Suami

Azizah Najib

Fahami Jiwa Isteri, Saharul Ridzwan Titip Pesan Buat Para Suami

Hidup berpasangan sudah semestinya naluri semula jadi setiap individu. Ada yang menghabiskan masa bertahun-tahun mencari suri hati, ada juga yang berjodoh sejurus pertemuan pertama.

Pertemuan yang akhirnya menjadi permulaan kisah hidup berdua ini menuntut pengorbanan, kefahaman serta usaha bersama bagi memelihara kebahagiaan rumah tangga.

Dalam menjalani fasa perkahwinan, pasangan perlu saling memahami dan bertolak ansur, terutama suami yang memainkan peranan besar dalam mengemudi bahtera kehidupan bersama isteri.

Menyaksikan adegan penuh amarah di depan mata, pelakon terkenal tanah air, Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim tersentak lalu menitipkan pesan buat para suami dalam menghadapi realiti kehidupan.

Ikuti perkongsian Saharul yang sarat dengan pesanan bermanfaat berikut.

Isteri peringatan tentang kasih sayang Allah

Tadi dekat parking, sebelah kereta aku ada seorang lelaki, marah-marah. Hentak-hentak stereng.

Jerit-jerit, maki hamun yang aku dengar. Ada perkataan “bini” dan “derhaka”.

Apalah yang menimpa abang itu. Semoga Allah permudahkan urusan dia dan keluarga. Amin Ya Allah

Okay, aku bukan nak judge dia tapi aku nak menulis, dari refleksi diri aku sebagai suami dan aku pun pernah melalui fasa marah-marah ni. Allah.

Isteri, memang Allah ciptakan dengan penuh rasa. Halus jiwanya, lembut hatinya, mudah terusik dengan kata. Kadang, bila emosi menguasai, terkeluar ayat yang tak sepatutnya dan cepat benar suami keluarkan perkataan, “derhaka”.

Tapi wahai diriku sebagai suami, kita lupa. Allah tak suruh kita cepat hukum. Allah suruh kita memaafkan. Allah suruh kita lembutkan hati. Allah suruh kita jadi pemimpin, bukan penghukum.

Isteri bukan cerminan kita. Dia bukan untuk kita bangga-banggakan depan orang. Dia adalah peringatan. Peringatan tentang kasih sayang Allah yang turun dalam bentuk seorang isteri.

Nur yang Allah pinjamkan untuk ajar kita sabar, ajar kita tenang, ajar kita redha. Apa jua keadaan, adalah kasih Allah pada kita. Walaupun sakit bagi hamba-Nya.

Kadang, isteri marah sebab dia peduli. Kadang, dia membebel sebab dia sayang. Kadang, dia emosi sebab dia terlalu simpan semua dalam hati.

Di balik suaranya yang tinggi, ada doa yang tak pernah putus untuk kita. Di balik lelahnya, ada rindu yang dia pendam diam-diam. Di balik air matanya, ada harap yang dia sandar pada Allah.

Wahai suami, kalau dia tersilap, jangan cepat hukum. Kalau dia emosi, jangan cepat label itu dan ini, sebab kita pun banyak khilaf pada Allah, kita je yang tahu tapi Allah masih beri kita peluang, masih beri kita rahmat.

Maafkanlah, itulah yang paling susah tapi paling terbaik boleh dibuat. Dengar dengan hati, bukan dengan ego. Sebab itulah sebenar-benar kepimpinan. Itulah sebenar-benar jalan untuk kita dapat rahmat rumah tangga.

Pesanan ini bukan untuk orang lain pun tapi untuk diri aku sendiri. Supaya aku ingat kalau kalau selepas ini emosi datang dulu sebelum rohani.

Sebab apa yang jadi di sekeliling kita, bukan sekadar cerita orang tapi teguran lembut daripada Allah.

Untuk ajar kita apa sebenar kehendak-Nya dalam setiap perkara. Untuk ajar kita, bahawa setiap yang kita lihat, ada pelajaran, ada peringatan, ada cinta-Nya yang halus.

“Apa saja yang Allah bentangkan padamu adalah cara Allah mendidikmu.”

Azam jadi yang terbaik untuk keluarga. Suami dan isteri. Semoga kita semua dapat kebahagian dunia dan akhirat. Amin Ya Allah

Sumber: Saharul Ridzwan

BACA: Musim Bubur Asyura Kembali, Ini Resipi Versi Utara Wajib Cuba

BACA: Elak Duit Melayang, Peka Tentang Jangka Hayat Alat Ganti Kereta