Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum gali kubur
Gambar: Bernama

Hukum Gali Semula Jenazah Yang Telah Dikebumikan – Mufti WP

Nur Erizsha

Hukum Gali Semula Jenazah Yang Telah Dikebumikan – Mufti WP

Baru-baru ini, timbul isu berkenaan hukum menggali semula kubur bagi tujuan tertentu, seperti siasatan polis.

Perkara ini menarik perhatian ramai kerana ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti emosi keluarga si mati, malah turut membabitkan hukum agama yang perlu dipatuhi.

Untuk menjawab persoalan ini, berikut adalah penjelasan lanjut daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Ringkasan Jawapan:

Hukum menggali semula jenazah yang telah dikebumikan untuk tujuan pengesahan oleh pihak berkuasa melalui post-mortem mayat adalah diharuskan.

Ini kerana keadaan tersebut merupakan suatu keadaan yang darurat yang tidak dapat dilakukan kecuali dengan cara tersebut.

Oleh yang demikian, keadaan yang darurat seperti ini mengharuskan perbuatan menggali semula jenazah yang telah dikebumikan yang pada asalnya adalah haram dengan syarat setelah mendapat keizinan daripada pihak berautoriti.

WaAllahu a’lam.

Huraian Jawapan:

Pada asasnya, hukum asal menggali semula kubur untuk mengeluarkan jenazah daripadanya adalah haram.

Hal ini kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai mencemarkan kehormatan si mati. Larangan ini berasaskan hadis Nabi SAW:

كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا

Maksudnya: Mematahkan tulang orang yang telah mati adalah seperti mematahkan tulangnya ketika masih hidup.

(Riwayat Abu Daud)

Larangan ini juga ditunjukkan dalam sebuah hadis Nabi SAW melaknat lelaki dan perempuan yang membongkar kubur:

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ المُخْتَفِي وَالمُخْتَفِيَةَ

Maksudnya: Rasulullah melaknat lelaki dan perempuan yang membongkar kubur.

Namun menurut Ibn Abd al-Bar larangan keras ini adalah bagi mereka yang membongkar kubur untuk mencuri kain kafan.

Adapun jika dilakukan kerana keperluan syarie atau darurat, ia diharuskan. Jabir RA, Muawiyah RA dan para sahabat pernah melakukannya dalam keadaan tertentu tanpa ada yang mengingkarinya. (Rujuk al-Tamhid, 13:138)

Di samping itu, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu‘ menukilkan kisah sahabat Jabir bin Abdillah RA yang mengeluarkan jenazah ayahnya selepas enam bulan dikebumikan, lalu mendapati jasadnya masih seperti hari pertama dikebumikan, kecuali telinga yang sedikit berubah.

Baginda memindahkannya ke kubur berasingan. Begitu juga diriwayatkan bahawa Talhah bin Ubaidillah RA salah seorang sahabat yang dijamin syurga telah dikeluarkan jenazahnya selepas 30 tahun dikebumikan kerana kuburnya ditakungi air, dan jasadnya masih baik sebelum dipindahkan ke Basrah. (Rujuk al-Majmu’, 5:273)

Justeru itu walaupun pada hukum asalnya adalah haram, namun mazhab al-Syafi’i mengharuskan pembongkaran kubur sekiranya terdapat keperluan mendesak (darurah).

Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj:

(وَنَبْشُهُ بَعْدَ دَفْنِهِ) وَقَبْلَ بِلَاهُ عِنْدَ أَهْلِ الْخِبْرَةِ بِتِلْكَ الْأَرْضِ (لِلنَّقْلِ) وَلَوْ لِنَحْوِ مَكَّةَ (وَغَيْرِهِ) وَلَوْ لِصَلَاةٍ عَلَيْهِ أَوْ تَكْفِينِهِ كَمَا سَيَأْتِي (حَرَامٌ) لِمَا فِيهِ مِنْ هَتْكِ حُرْمَتِهِ (إلَّا لِضَرُورَةٍ)

Maksudnya: Membongkar mayat selepas dikebumikan dan sebelum ia reput berdasarkan pandangan pakar sama ada untuk memindahkannya ke Makkah atau tempat lain, sekalipun untuk disolatkan atau dikafankan, hukumnya adalah haram kerana mengandungi unsur mencemar kehormatan si mati. Namu, ia dikecualikan jika terdapat keperluan mendesak. ((Rujuk Nihayat al-Muhtaj, 3:39)

Hukum pengecualian ini berdasarkan kaedah fiqh yang masyhur yang menyebutkan bahawa keadaan darurat mengharuskan perkara yang haram iaitu:

الضَّرُوْرَاتُ تُبِيْحُ المَحْظُوْرَاتِ

Maksudnya: Keadaan darurat membolehkan perkara yang diharamkan.

Oleh yang demikian, antara situasi keperluan yang dikategorikan sebagai darurat atau keperluan yang mendesak sehingga diharuskan untuk menggali kubur adalah:

  1. Memandikan mayat yang belum dimandikan.

  2. Menghadapkan mayat ke arah kiblat.

  3. Mengambil harta yang terjatuh ke dalam liang lahad.

  4. Menyelamatkan bayi dalam kandungan yang masih hidup.

  5. Apabila dikebumikan di tanah curi.

  6. Dikhuatiri kuburnya akan dibongkar pihak lain. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah: 390)

Bahkan dalam konteks fatwa di negara Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan isu ini dan memutuskan bahawa:

  1. Harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak.

  2. Harus menggali semula tanah perkuburan untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru setelah dikenal pasti oleh pihak berkuasa bahawa mayat tersebut telah pun reput.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hukum menggali semula jenazah yang ditanam atas keperluan yang mendesak seperti situasi keperluan post-mortem yang dilakukan bagi mengesahkan sesuatu yang penting yang hanya didapati dengan cara tersebut adalah diharuskan jika mendapat keizinan daripada pihak berautoriti.

Hal ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa keadaan yang darurat mengharuskan perkara yang pada asalnya adalah haram.

WaAllahu a’lam.

BACA: Mufti Selangor Perjelas Hukum Jual Beli “Blind Box”

BACA: Malam Pertama Di Alam Barzakh, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM

BACA: Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan