Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

“Rasa Sayu Tapi Syukur,” ‘Lampu Hijau’ PPUM Kembali Dinyalakan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kembali menyalakan ‘lampu hijau’ apabila pembedahan menderma organ seorang individu telah selamat dijalankan.
Perkara berkenaan dikongsi menerusi laman Facebook PPUM, semalam. Dimaklumkan, pembedahan tersebut berlangsung pada 3 Januari lalu.
“Satu momen yang buat kami rasa sayu tapi dalam masa yang sama rasa sangat bersyukur.
“Ada seorang insan terpilih telah pergi meninggalkan kita, tapi sebelum pergi, beliau sempat tinggalkan hadiah paling mahal untuk orang lain,” kongsi pusat perubatan berkenaan.
Bukan hanya satu, individu tersebut disahkan telah menderma beberapa organ penting.
“Sebelah buah pinggang beliau kekal untuk pesakit di PPUM dan sebelah lagi telah dihantar ke Hospital Selayang, harapan baru untuk pesakit di sana.
“Sepasang kornea beliau kini telah berada di Hospital Sungai Buloh, memberi sinar baharu kepada pesakit di sana untuk melihat dunia semula,” maklum PPUM.
Sementara itu, injap jantung turut didermakan dan diserahkan bagi mereka yang memerlukan di Institut Jantung Negara.
“Jasad mungkin sudah tiada, tapi kebaikan beliau terus hidup dalam badan orang lain. Mulianya hati keluarga penderma ini kan?
“Terima kasih kerana kuat demi orang lain,” ucap pusat perubatan itu.
Menerusi perkongsian yang sama, PPUM turut mengajak orang ramai untuk mendaftar sebagai penderma organ.
Terdahulu, lampu hijau PPUM juga pernah dinyalakan pada tanggal 14 November 2024 apabila pembedahan menderma buah pinggang selamat disempurnakan.
Pembedahan yang melibatkan penderma organ dari Hospital Sungai Buloh itu difahamkan berjaya menyelamatkan dua nyawa.
“Bagi menghargai usaha murni ini, PPUM telah menerangi Bangunan Plaza dengan cahaya neon hijau sebagai tanda simbolik.
“Kami tetap komited menyokong dan memajukan usaha pendermaan organ yang terus menyelamatkan dan mengudah kehidupan,” ucap PPUM dalam satu kenyataan.