Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
7 Tip Elak Diabetes Yang Orang Selalu Terlepas Pandang
Gambar AI
Tiada Kategori

7 Tip Mudah Elak Risiko Diabetes Orang Selalu Terlepas Pandang

suhaila

7 Tip Elak Diabetes Yang Orang Selalu Terlepas Pandang

Diabetes kini bukan lagi dianggap penyakit orang tua semata-mata. Statistik menunjukkan semakin ramai golongan muda malah remaja turut disahkan menghidap diabetes seawal usia 20-an.

Keadaan ini sangat membimbangkan kerana ia berpunca daripada gaya hidup yang semakin tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, serta pola pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat.

Malangnya, masih ramai yang beranggapan bahawa memadai untuk mencegah diabetes dengan hanya mengurangkan gula dalam minuman atau mengelakkan makanan manis semata-mata.

Hakikatnya, usaha pencegahan perlu lebih menyeluruh dan konsisten kerana tabiat harian kita memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap risiko penyakit ini.

Lebih memburukkan keadaan, ramai juga yang mengambil mudah tentang simptom awal diabetes sehingga hanya menyedari apabila tahap penyakit sudah serius.

Sedangkan terdapat pelbagai langkah mudah yang boleh dilakukan setiap hari tanpa memerlukan belanja besar atau perubahan drastik dalam rutin seharian.

Langkah-langkah pencegahan ini bukan sahaja membantu mengawal paras gula dalam darah malah turut meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.

Berikut adalah tujuh cara yang wajar dijadikan amalan harian untuk elak dan mengurangkan risiko diabetes. Yang lebih penting, ramai orang masih belum sedar betapa besar impaknya jika kita mulakan dari sekarang.

1. Kawal berat badan

Berat badan berlebihan atau obesiti adalah salah satu faktor risiko terbesar yang menyumbang kepada diabetes jenis 2.

Lemak berlebihan terutamanya di bahagian perut boleh menjejaskan cara badan anda menggunakan insulin dengan berkesan. Jika berat badan terkawal, fungsi insulin juga lebih stabil dan risiko paras gula naik mendadak dapat dielakkan.

Mulakan dengan mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan tetapkan sasaran penurunan berat secara realistik. Usah tunggu hingga berat badan naik mendadak baru hendak bertindak.

Mulakan sedikit demi sedikit. Contohnya menukarsaiz hidangan, lebihkan sayur dan kurangkan makanan yang tinggi kalori.

2. Tingkatkan aktiviti fizikal harian

Gaya hidup moden menyebabkan ramai orang duduk terlalu lama sama ada di pejabat atau di rumah. Tahukah anda, senaman ringkas sekalipun boleh membantu menurunkan paras gula darah?

Badan kita memerlukan pergerakan untuk menggunakan lebihan glukosa dalam darah sebagai tenaga.

Cuba sasarkan untuk aktif sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu. Aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, menari, berkebun atau menaiki tangga juga dikira sebagai senaman yang efektif.

Yang penting, pilih aktiviti yang anda suka supaya tidak cepat bosan.

Cara Berkesan Untuk Elak Diabetes Yang Ramai Tak Tahu

3. Hadkan karbohidrat ringkas dan makanan terproses

Selain itu, ramai yang silap sangka hanya gula pasir penyebab diabetes. Sebenarnya, karbohidrat ringkas seperti nasi putih, roti putih, mi segera dan makanan ringan juga mudah meningkatkan paras gula darah dengan cepat.

Karbohidrat jenis ini cepat dihadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah.

Bagi mencegah diabetes, amalkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti beras perang, oat, roti bijirin penuh serta sayur-sayuran berserat tinggi.

Elakkan makanan terproses dan makanan segera yang bukan sahaja tinggi garam dan lemak tepu tetapi juga meningkatkan risiko rintangan insulin dalam badan.

4. Tidur cukup dan urus tekanan dengan baik

Ramai orang mengambil mudah soal tidur sedangkan tidur yang tidak cukup atau kualitinya terganggu boleh menjejaskan keseimbangan hormon insulin.

Apabila badan keletihan, hormon stres seperti kortisol meningkat dan ini boleh mempengaruhi cara badan memproses gula darah. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup antara enam hingga lapan jam setiap malam.

Di samping itu juga, anda perlu mengurus tekanan seharian dengan cara yang sihat. Luangkan masa dengan berzikir, meditasi, lakukan senaman pernafasan atau sekadar berjalan-jalan untuk menenangkan fikiran.

Tubuh yang tenang dan cukup rehat adalah kunci kepada sistem metabolisme yang sihat.

BACA : Nak Travel Ke China? Ini Syarat Terkini Untuk Bawa Powerbank

5. Buat pemeriksaan kesihatan berkala

Ramai yang hanya sedar gula dalam darah tinggi selepas mengalami tanda-tanda serius seperti keletihan melampau, luka lambat sembuh atau kerap dahaga. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi parah.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengesan masalah lebih awal dan membolehkan rawatan pencegahan dilakukan.

Periksa paras gula, tekanan darah dan kolesterol sekurang-kurangnya sekali setahun. Lebih kerap jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. Langkah ini nampak mudah tetapi masih ramai yang ambil ringan.

6. Kurangkan minuman bergula, lebihkan air kosong

Amalan minum air manis secara berlebihan memang menjadi kebiasaan ramai orang. Kopi pekat, teh tarik, air berkarbonat dan minuman siap bancuh yang tinggi kandungan gula seolah-olah menjadi peneman harian.

Tabiat ini perlu dikawal segera. Biasakan diri meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan badan sentiasa terhidrat dan mengurangkan keinginan mengambil minuman manis.

Jika bosan dengan air kosong, tambah hirisan lemon atau daun pudina sebagai penambah rasa semula jadi. Selain itu, jadikan air kosong sebagai pilihan utama setiap kali makan di luar supaya anda tidak terpengaruh memesan minuman manis tanpa sedar.

7. Ambil tahu punca tersembunyi

Selain makanan dan gaya hidup, terdapat faktor tersembunyi lain yang ramai tidak sedar boleh meningkatkan risiko diabetes.

Contohnya, penggunaan ubat steroid jangka panjang, pendedahan bahan kimia pengganggu hormon (endocrine disruptors) seperti BPA dalam botol plastik, atau gangguan hormon tertentu seperti sindrom ovari polisistik (PCOS) juga boleh menjejaskan kestabilan insulin.

Sentiasa peka dengan risiko ini dan berbincang dengan doktor jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu yang memerlukan rawatan khusus.

Dengan mengetahui punca-punca tersembunyi ini, anda dapat mengambil langkah pencegahan lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Kesimpulannya, pencegahan diabetes bukanlah sesuatu yang rumit tetapi memerlukan usaha berterusan dan disiplin diri.

Dengan mengamalkan tujuh langkah mudah ini, anda bukan sahaja dapat elak dan menurunkan risiko diabetes malah meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Jangan tunggu sehingga gula darah naik baru hendak panik. Bertindaklah sekarang demi kesihatan diri dan keluarga tercinta.

BACA : Dinding Rumah Kosong? Ini 8 Idea DIY Untuk Nampak Mewah

SUmber :

mayoclinic

,

gundersenhealth