Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum ganti puasa bapa
Gambar: Bernama

Hukum Ganti Puasa Untuk Bapa Yang Masih Hidup, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Iqbal Yasir

Hukum Ganti Puasa Untuk Bapa Yang Masih Hidup, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Pada bulan Ramadan, seluruh umat Islam akan berpuasa sepanjang bulan ini. Bulan suci ini juga adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana dipenuhi barakah termasuk pahala berlipat ganda.

Oleh itu, ramai yang berpusu-pusu melakukan ibadah seperti solat sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi. Bagi mereka yang tidak boleh berpuasa atas sebab-sebab tertentu, hendaklah menggantikannya sebelum Ramadan seterusnya tiba.

Kurang daripada sebulan lagi, kita bakal menyambut bulan suci ini lagi. Oleh itu, ramai yang mengambil peluang untuk menggantikan puasa bagi diri sendiri ataupun orang lain.

Bagaimanapun, timbul persoalan adakah dibolehkan untuk menggantikan puasa bagi bapa yang masih hidup?

Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita ikuti perkongsian bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bawah. Semoga bermanfaat.

Hukum Ganti Puasa Untuk Bapa Yang Masih Hidup

Gambar: Bernama

Soalan:

Alhamdulilah saya sudah selesai puasa sunat 6 Syawal. Sekarang, puasa yang wajib saya ganti saya akan tunaikan, insyaAllah. Soalan saya, ayah saya ada meninggalkan puasa ketika bulan Ramadan yang lepas kerana keuzuran. Adakah saya boleh niat ganti puasa yang wajib ini ke atas saya dan ayah saya? Ataupun, saya asingkan puasa wajib ke atas saya dahulu dan kemudian ke atas ayah saya yang mewakilkan saya? Maksud saya yang akan ganti puasa tersebut?

BACA: Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Cari Jalan Jauh Untuk Lakukan Solat Qasar

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan. Firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ

Maksudnya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”

(Surah al-Baqarah: 185)

BACA JUGA: Hukum Bermesraan Bersama Pasangan Di Bulan Ramadan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Syeikh Wahbah al-Zuhaili berkata: “Dan puasa itu tidak diwajibkan melainkan ke atas orang yang berkemampuan, sihat dan bermukim, adapun bagi orang bermusafir dan sakit yang kuat yang mana sekiranya mereka berpuasa boleh mendatangkan kesusahan, maka harus baginya untuk berbuka, dan ke atas mereka untuk mengganti puasa (yang telah ditinggalkan) pada waktu lain, kerana sakit dan musafir yang jauh perjalanan itu boleh mendatangkan kesusahan dan kesusahan itu boleh membawa kemudahan ”. (Lihat Tafsir al-Munir, 2/133).

Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadhan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadhan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau menceritakan:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا فَقَالَ:‏ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكَ دَيْنٌ أَكُنْتَ قَاضِيَهُ عَنْهَا ‏.‏ قَالَ: نَعَمْ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Baginda SAW menjawab: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.”

Riwayat al-Bukhari (1953) dan Muslim (1184)

Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.

BACA JUGA: Hukum Mandi Wajib Selepas Subuh Semasa Bulan Puasa – Pejabat Mufti WP

Puasa yang Ditinggalkan oleh Bapa Yang Masih Hidup

Berdasarkan persoalan di atas, diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

‏ مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ ‏

Maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dan mempunyai puasa (yang tertunggak), maka disempurnakan oleh warisnya.”

Riwayat al-Bukhari (1952) dan Muslim (1147)

Imam al-Nawawi berkata: “Dalam masalah ini, Imam al-Syafi’i memiliki dua pendapat yang masyhur. Pendapat pertama yang paling masyhur adalah bahawa tidak boleh digantikan puasa untuk orang mati dan tidak sah puasa tersebut pada asalnya. Pendapat kedua pula dianjurkan (Mustahab) bagi walinya untuk berpuasa bagi si mati dan puasanya itu sah, dan dengan puasa ini menghapuskan dosa orang mati serta tidak perlu diberi makan (fidyah) pada orang lain. Pendapat yang kedua ini ialah pendapat yang sahih dan dipilih dan ia adalah pendapat yang disahkan oleh para ulama kami yang dalam kalangan ahli fiqh dan hadith sebagaimana hadith-hadith yang sahih dan yang jelas dalam hal ini.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 8/25)

Justeru, berdasarkan hadith di atas, jelas menunjukkan orang yang mati sahaja yang perlu digantikan puasa oleh walinya. Manakala bagi mereka yang hidup yang tidak mampu berpuasa disebabkan uzur syar’ie dan tidak mampu menggantikannya seumur hidupnya, maka dia perlu menggantikan puasa tersebut dengan membayar fidyah puasa.

BACA JUGA: Mufti Perjelas Hukum Korek Telinga Ketika Puasa

Selain itu, para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi. Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.

Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini: “Adakah telah tinggalkan 50 hari?” Dia menjawab: “Terlalu sedikit.” Ditanya lagi: “90 hari?” Dia menjawab: “Terlalu banyak”. Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari. Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami katakan bahawa tidak boleh menggantikan puasa bagi orang yang masih hidup yang tidak mampu berpuasa disebabkan uzur syar’ie seperti sakit tua, dan tidak mampu menggantikannya seumur hidupnya, maka dia perlu menggantikan puasa tersebut dengan membayar fidyah puasa. Tidak boleh gantikan puasa tersebut oleh anaknya dan walinya sekiranya dia masih hidup melainkan sekiranya dia sudah meninggal dunia.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Sumber: Maktabah Al-Bakri

BACA: Sekolah Ini Bantu Murid Tercicir, Bagi Makan 4 Kali Sehari & Yuran Percuma

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu