Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Isteri Maut Hanya Kerana Diari
Seorang lelaki dari Glendale, Amerika Syarikat (AS) kini berdepan tuduhan membunuh isterinya sendiri selepas dipercayai membaca kandungan diari mangsa, hanya beberapa ketika sebelum tragedi itu berlaku.
Suspek berusia 45 tahun ditahan polis pada Rabu berhubung kematian isterinya yang berusia 55 tahun, yang ditemui meninggal dunia di kediaman mereka. Menurut laporan media tempatan, mangsa disahkan maut akibat kecederaan parah kesan hentakan objek tumpul.
Pihak berkuasa kemudiannya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan melibatkan keganasan rumah tangga.
Menurut kenyataan peguam yang mewakili keluarga suspek, lelaki itu dipercayai telah membaca diari milik isterinya sejurus sebelum kejadian. Kandungan diari berkenaan didakwa mendedahkan bahawa mangsa menjalinkan hubungan sulit.
"Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan sebuah diari milik si mati yang dipercayai dibaca beberapa ketika sebelum kejadian, dan kandungannya mengesahkan berlakunya kecurangan," kata peguam berkenaan dalam satu kenyataan kepada media.
Dalam pada itu, polis Los Angeles memaklumkan, mereka menerima panggilan untuk menjalankan pemeriksaan kebajikan di rumah pasangan itu sekitar jam 4.30 pagi, selepas suspek sendiri membuat permintaan.
Namun, sebaik tiba di lokasi, pihak polis menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.
Siasatan lanjut yang dijalankan kemudiannya mengaitkan suspek secara langsung dengan kematian isterinya.
Suspek kemudian ditahan dan direman atas tuduhan membunuh, dengan jaminan ditetapkan sebanyak AS$2 juta.
Menurut laporan media tempatan, kes tragis ini masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Difahamkan, suspek merupakan seorang anggota bomba dan paramedik yang telah berkhidmat sejak tahun 2008. Susulan penahanannya, beliau telah digantung tugas sementara.
Mangsa pula dikenali sebagai seorang pendidik berdedikasi dan merupakan ahli kesatuan United Teachers Los Angeles (UTLA). Selain bergelar guru, mangsa juga seorang pendeta bertauliah di California Selatan dan aktif mengendalikan upacara perkahwinan.