Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Segelintir rakyat Malaysia menggemari aktiviti berkebun meskipun penjagaan tanaman memerlukan disiplin serta komitmen individu untuk memastikan tanaman mereka tumbuh sihat.
Namun, apa jua tanaman, ia terdedah kepada penyakit serta serangan serangga perosak yang mengganggu tumbesaran dan merosakkan pokok. Salah satu musuh utama tumbuhan ialah serangga bena yang selalu menyerang pokok cili dan terung.
Bena kerap dijumpai membuat sarang pada tanaman, menyebabkan warna daun bertukar kekuningan dan lama kelamaan, pokok akan mati akibat kehilangan zat.
Sehubungan itu, hari ini SK kongsikan hantaran Wahida Hambali menerusi Facebook, mengenai cara-cara mengatasi serangan serangga bena pada tanaman.
Tanpa berlengah lagi, mari ikuti petua di bawah untuk tanaman sihat.

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun (aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut (herba).
Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis, iaitu dengan penklonan bena betina.
Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dan boleh membiak dalam masa 7-10 hari.
Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.
Serangga ini menyerang secara berkelompok. Serangan lebih ketara pada bahagian daun.
Pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien, lalu menyebabkan pertumbuhannya terjejas.
Bahan buangan lalat putih adalah berbentuk rembesan madu dan mudah dijangkiti oleh kulat jelaga hitam. Jelaga hitam pada daun akan menyebabkan proses fotosintesis terhalang dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan pokok terganggu dan tidak sihat.
1. Pada peringkat ini, bahagian pokok atau daun yang diserang boleh dipangkas dan dimusnahkan.
2. Kemudian, disembur dengan ramuan semburan anti serangga. Semburan berjadual seminggu dua kali perlu dipatuhi agar serangan yang sama tidak berulang.
3. Pindahkan pokok cili ke tempat terbuka untuk mengurangkan bilangan serangga ini.
4. Air siraman juga dipastikan mencukupi.
5. Elakkan tempat yang berteduh dan gelap. Serangga ini gemar keadaan sejuk terutama selepas hujan, pasti meriah dengan serangga ini sekiranya tiada kawalan serangga yang teratur.
Campurkan 1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan, 1/4 sudu teh minyak masak dan 1 liter air.
Masukkan cecair tersebut ke dalam penyembur dan sembur terus ke atas makhluk perosak.
Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air.
Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti di atas.
Semburan kawalan serangga Repellent.
Bawang putih yang dikisar (1 ulas bawang + 1 liter air) ataupun Neem Oil (50ml + 10 liter air) dan semburkan di sebelah petang.
Alternatif yang paling berkesan untuk semua jenis serangga perosak
5 liter air
1kg bawang putih
1kg lengkuas
500g kunyit
500g halia
500g serai
2 sudu besar serbuk lada putih
Kisar semua sekali bahan lepas tu masak hingga mendidih pastu biarkan sejuk dan tapis.
Penggunaan, 20ml untuk 1 liter
Beberapa jenis minyak seperti minyak neem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wahida Hambali via Facebook