Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kenaikan premium insurans
Kredit: Bernama

Kenaikan Premium Insurans Perubatan Harus Munasabah, Tidak Membebankan – PM

Azizah Najib

Kenaikan Premium Insurans Perubatan Harus Munasabah, Tidak Membebankan – PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi sehingga menimbulkan banyak masalah kepada pesakit dan menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Beliau berkata BNM bersama Perbendaharaan dan KKM sedang meneliti dan merangka panduan tegas untuk memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful (MHIT dan ITO) mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan premium.

“Kenaikan ini adalah bersandarkan treshold yang lebih rendah di Malaysia serta kos perubatan dan perkhidmatan yang tinggi, seperti dijelaskan oleh syarikat insurans.

“Bagaimanapun, KKM dan BNM kini sedang menyelaraskan tindakan supaya kenaikan tersebut munasabah dan tidak membebankan rakyat,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 hingga 70 peratus, serta kadar inflasi kos perubatan negara yang mencapai 12.6 peratus pada 2023, iaitu lebih dua kali ganda berbanding purata global sebanyak 5.6 peratus.

BACA: MB Kedah Bebas Satu Tuduhan Menghasut Berkait Sultan Selangor

Perdana Menteri berkata antara alasan utama kenaikan kos perubatan adalah harga ubat-ubatan, alat perubatan baharu, serta kenaikan kadar upah dan gaji.

“Pada masa ini, tiada kawalan yang ketat, malah pembelian ubat selama puluhan tahun ini telah menjadi monopoli. Oleh sebab itu, kita akan membatalkan beberapa komitmen kepada satu dua syarikat.

“Kita juga minta Kementerian Kesihatan, seperti yang dilakukan oleh beberapa negara lain untuk, melawat ke negara-negara tertentu bagi mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan. Ubat generik ini lebih banyak dihasilkan di Brazil, India dan China, yang telah melalui kajian dan semestinya tidak bergantung pada ubat dari Amerika Syarikat atau Eropah yang kosnya terlalu tinggi,” kata beliau.

Anwar memberikan contoh mengenai syarikat besar yang menjual ubat kepada Malaysia pada harga RM5,000 disebabkan oleh monopoli dan kawalan yang longgar. Sebaliknya, ubat yang sama dijual di Thailand pada harga RM1,500.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan garis panduan untuk menstandardkan kos, yang dikenali sebagai Diagnosis-related Groups (DRGs), bagi memastikan kos munasabah, seperti untuk Magnetic Resonance Imaging (MRI) atau Computerized Tomography (CT) Scan. Kerajaan juga akan meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Perdana Menteri berkata KKM juga sedang melaksanakan program Rakan KKM dengan kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICs) dengan pesakit boleh memilih beberapa kemudahan tambahan dengan kos minimum.

BACA JUGA: Awas, MetMalaysia Jangka Hujan Berterusan Di 6 Negeri

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berhubung sama ada kerajaan akan mengawal caj perubatan hospital swasta, Anwar berkata beliau menerima kadar kenaikan caj yang munasabah, namun ia harus dikawal supaya tiada keuntungan berlebihan.

“Saya terima kenyataan kenaikan yang munasabah, yang saya pertikaikan sekarang ialah kos ubat itu, adakah tepat, mengapa tidak digunakan generik, tidak dibeli secara pukal untuk mengurangkan kos,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata secara umumnya, kos rawatan di Malaysia masih kompetitif berbanding negara-negara jiran dengan terdapat hospital swasta yang menerima peningkatan pesakit dari luar negara.

“Ini kerana kos (rawatan) kita dianggap rendah, jadi sedikit kenaikan premium saya fikir munasabah. Cuma bagaimana Bank Negara boleh kawal supaya ia tidak membebankan pengguna dan menyebabkan kenaikan inflasi,” kata beliau.

Sumber: BERNAMA