Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
australia paksa bank
Gambar: AFP

Kerajaan Australia Paksa Bank Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Penipuan

Azizah Najib

Kerajaan Australia Paksa Bank Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Penipuan

CANBERRA, 31 Julai (Bernama) — Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.

Dalam ucapan kepada Kelab Akhbar Nasional di Canberra pada Rabu, Penolong Bendahari Stephen Jones berkata undang-undang semasa tidak banyak membantu mangsa penipuan mendapatkan kembali wang mereka.

Beliau berkata dalam banyak kes, rakyat Australia tidak boleh diberi ganti rugi atas kerugian penipuan kerana mereka ditipu untuk memindahkan wang melalui transaksi yang sah, yang bermaksud ia tidak melanggar undang-undang semasa.

“Kami akan menangani perkara ini untuk memastikan mangsa boleh menerima ganti rugi dalam keadaan yang betul,” kata Jones.

Pada Julai 2023, kerajaan menubuhkan Pusat Antipenipuan Kebangsaan untuk mengetuai tindakan membanteras penipu.

BACA: Kurangkan 10 Peratus Penggunaan Air Sehingga September – PBAPP

Jones berkata pada Rabu bahawa tindakan membanteras itu mempunyai beberapa kejayaan tetapi bank, syarikat telekomunikasi dan platform digital mesti mengambil lebih banyak tindakan pencegahan.

Kerajaan Australia Paksa Bank Bayar Ganti Rugi, Penalti Dikenakan Jika Pemeriksaan Pencegahan Tidak Dijalankan

Di bawah peringkat kedua tindakan membanteras kerajaan, bank, platform digital dan syarikat telekomunikasi akan dikenakan penalti jika mereka tidak menjalankan pemeriksaan pencegahan di bawah kod mandatori baharu untuk mengelakkan kerugian penipuan.

“Jika terdapat pelanggaran kod, bank, syarikat telekomunikasi atau platform digital akan dipertanggungjawabkan,” kata Jones.

Menurut data yang diterbitkan oleh Pusat Antipenipuan Kebangsaan pada April, rakyat Australia kehilangan sejumlah A$2.74 bilion (US$1.79 bilion) akibat penipuan pada 2023 — turun 13.1 peratus daripada 2022.

BACA: Tersilap Sebut Kontinjen Korea Selatan Sebagai Korea Utara, IOC Mohon Maaf

Golongan berumur 65 tahun ke atas merupakan satu-satunya kumpulan umur yang kehilangan lebih banyak wang akibat penipuan pada 2023 berbanding 2022.

Penipuan pelaburan menyebabkan kerugian kewangan paling besar, merangkumi 47.4 peratus daripada semua kerugian, diikuti oleh penipuan akses jauh dan penipuan cinta.

BACA: Tiada Jurulatih, Ini Kisah Kecekalan Eric Moussambani Ketika Olimpik Sydney

Sumber: BERNAMA