Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ketahui Maksud “Amin” Selepas Bacaan Al-Fatihah – Bahagian Dakwah JAKIM
Setiap kali kita solat, kita pasti membaca Surah Al-Fatihah, dan sebaik sahaja sampai ke ayat terakhirnya, kita akan sebutkan “Amin”. Dah jadi kebiasaan, kan?
Tapi pernah tak kita terfikir, apa sebenarnya maksud “Amin”? Adakah ia sekadar penutup bacaan, atau ada makna yang lebih besar di sebaliknya?
Ramai antara kita sebut setiap hari, tapi tak ramai yang betul-betul tahu maksud dan tujuan lafaz ini.
Justeru, kami bawakan perkongsian daripada Bahagian Dakwah, JAKIM yang membongkar maksud sebenar “Amin” selepas bacaan Al-Fatihah.
Jom kita borak sikit bab ni. Tak berat pun. Tapi penting tahu sebab kita baca setiap hari dalam solat!
Perkataan “Amin” (آمين) bukan dari mana-mana ayat al-Quran. Ya, bukan sebahagian daripada surah al-Fatihah.
Para ulama dah sepakat (ijma’) benda ni. Kalau buka mushaf, memang takkan jumpa perkataan “Amin” lepas ayat terakhir al-Fatihah tu.
Tapi kenapa kita baca juga?
Sebab “Amin” tu maksudnya: “Ya Allah, perkenankanlah (doa kami)”. Kiranya macam ‘sign off’ selepas kita minta sesuatu. Nak buat permohonan, mestilah ada penutup ayat yang padu.
Contoh:
“Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus.. Aaaaamin!”
Nabi SAW ajar kita untuk baca “Amin” lepas al-Fatihah, dan panjangkan sikit sebutan tu (آمين) masa solat.
Sahabat Nabi, Wail bin Hujr RA kata Nabi SAW baca panjang.
Hadis sahih pula kata:
“Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Tak ke berbaloi tu? Baca satu perkataan je, tapi Allah ampunkan dosa-dosa lepas!
Ada dua versi cara sebut:
Pendek: Amin (أَمِين) ; atas wazan Fa’iil
Panjang: Aaaamin (آمِين) ; atas wazan Faa’il
Kedua-dua sah, ikut lidah dan loghat Arab. Tapi dalam solat, sunat panjangkan, ikut gaya Nabi SAW.
Kalau kita dengar orang baca doa kat majlis, doa beramai-ramai, khutbah, biasanya akan tutup dengan “Amin”. Rupanya benda ni sunat juga!
Nabi SAW bersabda:
“Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!” (Riwayat Abu Daud)
Dalam satu hadis, Nabi SAW cerita pasal dua Nabi hebat; Musa dan Harun AS. Musa yang berdoa, Harun pula yang “amin” kan.
Tapi dalam al-Quran, Allah beritahu:
“Sesungguhnya doa kamu berdua telah diperkenankan..” (Surah Yunus, ayat 89)
Maknanya, orang yang amin pun dikira berdoa, sama macam orang yang berdoa!
Saidina Ali RA pernah kata:
“‘Amin’ itu cop mohor Tuhan, penutup doa hamba-hamba-Nya.”
Macam kita hantar borang permohonan kerja.. Borang dah isi, lampiran dah attach, tinggal nak hantar. Tapi kalau tak ada ayat penutup “diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya” beserta tanda tangan, tak “strong” orang kata! Maybe permohonan kerja pun ditolak.
Doa pun sama . “Amin” tu harapan kita kepada Allah SWT agar diperkenankan.
Jadi lepas ni, bila imam baca “wa ladh-dhaalliin..”, atau doa-doa di luar solat sekalipun, kita pun jawab dengan penuh perasaan:
“Aaaaamin…”
Semoga Allah makbulkan permintaan kita..
BACA: Roh Orang Mati Jadi Hantu, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM
BACA: Kenali Masjid Al-Mujadilah: Masjid Pertama Di Dunia Khas Untuk Wanita
BACA: Pertama Di Malaysia, Aplikasi Bank Digital Ada Penunjuk Kiblat & Zikir “Counter”
Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim