Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar: BERNAMA

MOT Akan Laksana Pematuhan Mandatori Kenderaan Berat – Loke

Hannah

MOT Akan Laksana Pematuhan Mandatori Kenderaan Berat – Loke

GEORGE TOWN, 10 Jun (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan beberapa penguatkuasaan dan pematuhan mandatori melibatkan kenderaan berat bagi memperkukuh dasar keselamatan jalan raya. susulan kemalangan maut yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun terdapat cabaran dalam memastikan pematuhan oleh syarikat yang mengendalikan kenderaan berat termasuk lori dan bas, namun pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan mandatori, iaitu pengehad kelajuan (speed limiter) pada kenderaan berat dan pemakaian tali pinggang keledar.

“Kita lihat bahawa antara punca yang selalu berlakunya (kemalangan) jalan raya ini ialah kenderaan berat termasuk lori, bas dan sebagainya dipandu laju, jadi sekarang ada teknologi, iaitu ‘speed limiter’, peranti yang dipasang dalam kenderaan untuk menghalang mereka daripada memecut lebih daripada had kelajuan.

“Cabaran kita hadapi kebanyakannya buat ‘tempered’, iaitu mengubah suai dengan memasang ketika pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tetapi selepas itu mereka buang, ini yang kita nak lihat penguatkuasaan mandatori dan peraturan lebih tegas untuk pastikan tiada ‘tempering’,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan CruiseWorld Malaysia 2025 di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Yeoh Soon Hin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.

BACA: Honda Malaysia Umum Panggilan Balik 87,490 Unit Kenderaan

Mengulas lanjut, Loke berkata pihaknya mencari langkah untuk mengatasi isu kenderaan berat membuang pengehad kelajuan itu supaya tindakan tegas dan undang-undang dapat diambil oleh pihak berkuasa selepas ia diwajibkan.

Ketika ini wajib bagi bas baharu yang dikeluarkan mulai 2020 dan seterusnya mempunyai tali pinggang keledar untuk semua penumpang, namun bas yang terlibat dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) semalam itu dibina pada 2013 dan tiada tali pinggang keledar.

“Walaupun wajib bagi bas baharu mempunyai tali pinggang keledar, cabarannya untuk memastikan pematuhan, sebab itu perlu laksana pematuhan mandatori kepada penumpang.

“Untuk kereta jika tidak memakai tali pinggang keledar akan mengeluarkan bunyi amaran jadi kita boleh mewajibkan pemandu bas untuk memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar atau bas tidak akan bergerak,” katanya.

MOT juga akan meneliti kemungkinan memasang kamera video “on-board” pada kenderaan berat bagi meningkatkan keselamatan walaupun ia belum diwajibkan.

BACA: Nahas Bas: JPN Kedah Diarah Pantau Keadaan, Kebajikan Pasangan Guru – Fadhlina

Sumber: BERNAMA