Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Operasi SAR Muhammad Hawari
Gambar: Bernama

Operasi SAR Muhammad Hawari Mungkin Sukar Jika Terjatuh Di Kaki Gunung Lhotse

Iqbal Yasir

Operasi SAR Muhammad Hawari Mungkin Sukar Jika Terjatuh Di Kaki Gunung Lhotse

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran, sekiranya beliau terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse.

Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata lereng Gunung Lhotse sangat curam, dan sekiranya pendaki tergelongsor, mereka boleh terjatuh ke kawasan kaki gunung yang penuh dengan glasier yang diliputi serpihan dan rekahan ais.

“Kawasan kaki Gunung Lhotse agak luas dan perlukan masa yang lama untuk cari, ditambah dengan rekahan ais yang ada…sekiranya mangsa termasuk dalam rekahan maka usaha mencari semakin sukar,” katanya ketika ditemu bual secara dalam talian oleh Bernama TV hari ini.

Beliau yang berjaya menakluk Gunung Everest pada 1997 berkata meskipun usaha mencari bakal berhadapan kesukaran, namun ia tidak mustahil untuk menemukan mangsa berdasarkan pengalaman pada tahun 1997, apabila seorang ‘sherpa’ yang tergelincir dan jatuh di lereng Gunung Lhotse dari ketinggian 1,000 meter ke bawah, berjaya ditemui.

Magendran berkata apa yang dibimbangi adalah sama ada mangsa membawa bekalan oksigen yang mencukupi untuk menuruni lereng Gunung Lhotse yang begitu berbahaya.

“Jika beliau telah gunakan oksigen sepanjang naik ke puncak Gunung Everest, oksigen dalam balang yang dibawanya tidak cukup untuk digunakan bagi menuruni gunung hingga ke Kem 4… tetapi mungkin juga dalam perjalanan beliau telah tukar balang oksigen.

“Jadi saya tidak pasti sama ada rakan pendaki kita ini sudah tukar balang oksigen baharu atau sudah bawa bekalan oksigen tambahan, semasa beliau buat keputusan untuk turun ke Kem 3 atau Kem 2… itu satu persoalan yang kita tidak tahu. Jika oksigen tidak mencukupi seseorang itu boleh mengalami Akut Gunung (AMS) yang boleh sebabkan mangsa berilusi,” katanya.

BACA JUGA: Pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari, Dikhuatiri Hilang

Semalam, Muhammad Hawari yang merupakan antara peserta misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Sehari sebelumnya, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga antara peserta ME 2023, dilaporkan meninggal dunia.

ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud itu turut disertai ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak dan Vincent Tiong Ling Yang, telah memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun, dengan mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sementara itu, pendaki 7 Benua dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata KBS serta penganjur, wajar melakukan siasatan menyeluruh kerana semenjak pendakian Everest Malaysia 1997 sehingga 2023, ini kejadian yang pertama berlaku menyebabkan pendaki Malaysia ke Everest.

Beliau berkata pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati, kerana ia memerlukan latihan yang intensif dan persediaan yang rapi selain pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung salji dan latihan teknikal.

“Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest. Saya terpaksa berlatih lebih dua tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali, sebelum mendaki Everest pada tahun 2004.

“Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama dua bulan, sebelum sampai ke puncak pada 16 Mei 2004. Ini bagi memastikan badan kita bersedia dan dapat bertahan dalam keadaan suhu sejuk yang ekstrim dan cuaca yang tidak menentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sememangnya para pendaki akan mengalami kepenatan melampau atau keletihan yang teruk dan sekiranya tidak cukup stamina, mereka pasti akan menghadapi perkara itu serta boleh menyebabkan mengalami AMS.

Sumber: BERNAMA