Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
sejarah penciptaan jalur gemilang
Kredit: Bernama

Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang, Bendera Kebanggaan Negara

Sofea

Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang, Bendera Kebanggaan Negara

Kita sudah berada di minggu kedua bulan Ogos dan tidak lama lagi akan menghampiri tarikh keramat 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan. Bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan ini, kita semua perlu mengibarkan bendera Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan patriotik.

Tidak kira bangsa dan agama, apabila kita bergelar Warganegara Malaysia, Jalur Gemilang ini seharusnya dianggap sebagai lambang kedaulatan negara dan dikibarkan dengan sebaiknya.

Justeru, SK kali ini ingin membawa semua pembaca untuk menelusuri kembali sejarah penciptaan Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat patriotik.

Sejarah penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Pada asalnya, satu pertandingan telah diadakan bagi mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu peringkat kebangsaan. Diadakan pada Mei 1948, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Selepas proses pemilihan dan pertimbangan, hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih untuk ke peringkat akhir pada 15 November 1949.

Menginjak ke tahun 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari telah memperkenan dan memberi undian majoriti untuk rekaan bendera yang dicipta oleh seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Mohamed Hamzah.

Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

Pun begitu, beberapa pindaan telah dibuat pada bendera tersebut iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih telah diganti dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja.

Beberapa bulan selepas itu, tepat pada 26 Mei 1950, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat pertama kali di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran terbabit dihadiri oleh Sultan Selangor dan Menteri Besar bagi negeri Perak, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.

Bendera itu telah dinaikkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Henry Gurney.

Apabila mencapai kemerdekaan, bendera itu telah dinaikkan dan dikibarkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Seiring kibaran penuh bangga itu, Lagu Negaraku yang pertama kali diperdengarkan kepada umum turut berkumandang.

Jalur Gemilang nama bendera Malaysia

Bendera itu yang sebelum ini mempunyai 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah ditambah jalurnya kepada 14 jalur, sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada malam 31 Ogos 1997, Bendera Malaysia diumumkan sebagai Jalur Gemilang secara rasmi oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Simbolik rekaan Jalur Gemilang

Setiap perincian pada Jalur Gemilang mempunyai makna yang tersendiri. 14 jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di bahagian atas dan berakhir dengan jalur putih di bahagian bahawa.

Jalur itu sebenarnya melambangkan satu haluan yang lurus, dan hala tuju yang sama diikuti oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Jalur tersebut mewakili keanggotaan 13 buah negeri dan 1 jalur lagi mewakili Kerajaan Persekutuan.

Gemilang pada namanya bermaksud bercahaya terang benderang dan cemerlang. Selain itu, ia melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan yang gigih, taat dan bersatu padu.

Lambang dan warna pada Jalur Gemilang

Warna biru tua yang terdapat pada Jalur Gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden.

Sementara itu, warna kuning pada anak bulan dan bintang bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan. Ia juga membawa maksud mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Warna merah pada jalur melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Di samping itu, warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.

Lambang anak bulan pula bermakna Islam sebagai agama rasmi negara dan bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Bendera perlu dihormati

Walaupun negara mengalami pelbagai evolusi, seiring dengan perkembangan dunia moden, diharapkan kita semua sebagai rakyat Malaysia terus bangga mengibarkan Jalur Gemilang. Tidak kira ketika di bulan kemerdekaan atau bulan-bulan lain, bendera itu selayaknya dipasang dengan penuh hormat dan ketertiban.

Ingatan mesra dari SK, dalam kita bersemangat menyambut bulan kemerdekaan ini, pastikan juga bendera diletakkan di tempat yang sepatutnya, berada dalam keadaan yang baik, reka bentuknya tidak diubah, tidak menulis atau melukis sebarang gambar di atas bendera dan tidak menggunakannya untuk tujuan yang tidak wajar.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-68.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara

BACA JUGA: Jalur Gemilang Milik Kita: Simbol Jiwa, Maruah Dan Cinta Negara