Siakap Keli
umar yamaoko muslim pertama jepun haji
Gambar via Zunita Ramli

Pernah Jadi Perisik, Kenali Umar Yamaoko, Dipercayai Muslim Pertama Dari Jepun Tunai Haji

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah Jadi Perisik, Kenali Umar Yamaoko, Dipercayai Muslim Pertama Dari Jepun Tunai Haji

Menunaikan haji, seperti yang umum tahu merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan umat Islam bagi mereka yang berkemampuan. Ketika ibadah haji sedang berlangsung, seluruh umat islam akan berkumpul tidak mengira bangsa, warna kulit atau negeri asal. Semua berkumpul dengan tujuan yang sama, untuk dapatkan haji yang mabrur.

Sebagai salah satu agama terbesar di dunia, Islam tidak sahaja tertumpu di beberapa buah negara sebaliknya turut sampai di seluruh pelosok Bumi. Pada hari ini, Siakap Keli berkongsi satu kisah mengenai seorang warga Jepun, dipercayai orang Islam pertama dari negara berkenaan yang menunaikan haji.

Kisah ini dipetik dari perkongsian seorang rakyat Malaysia yang kini sedang menetap di Jepun, Zunita Ramli menerusi laman Facebook miliknya.

Menurut Zunita, Kotaro Yamaoka atau nama Islamnya, Umar Yamaoka merupakan individu Muslim Jepun yang pertama tunai haji di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Haji. Untuk mengenali dengan lebih mendalam siapakah Umar Yamaoko, ikuti perkongsian dari Zunita Ramli yang telah kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.

Kiri – Abdul Rashid Ibrahim yang mengislamkan Kitaro Yamaoka Kanan – Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka.(Gambar via Zunita Ramli)

Pernah terfikir siapa orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah?

Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka adalah orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah. Memeluk Islam ketika berada di Bombay, India, beliau menunaikan haji pada tahun 1909.

Menariknya, Umar Yamaoka ni sebenarnya adalah salah seorang “intelligence service” atau spy polis Jepun lah senang cakap. Tapi perjalanannya ke Makkah sebenarnya adalah untuk ke Turki, bersama Abdul Rashid Ibrahim untuk berjumpa dengan Kalifah Uthman bagi minta kebenaran bina masjid di Tokyo. Ha itulah sebahagian asal-usul bagaimana Tokyo Camii, iaitu masjid besar di Tokyo tu terbina.

Tokyo Camii ni berdasarkan binaan Blue Mosque dekat Turki. Sebab tu kalau lihat reka bentuknya, lebih kurang saja. (Gambar via Zunita Ramli)
Interior Tokyo Camii – cantik senibina dalam dia.(Gambar via Zunita Ramli)

Perjalanan ke Makkah telah didokumentasikan olehnya sendiri dan sekembali ke Jepun, beliau aktif dalam perbincangan dengan orang Jepun tentang Islam dan Makkah serta berkongsi pengalaman melalui buku-buku yang ditulis.

Benda ni memberi inspirasi kepada Muslim Jepun yang lain, seperti jemaah Jepun yang kedua iaitu Noor Muhammad Tanaka Ippei yang pergi menunaikan haji pada tahun 1924 dan sekali lagi pada tahun 1933. Ipei tak pergi sendiri tapi ditemani oleh dua pelajarnya, Inoumoto Momotaro dan Takeshi Sozuki, yang kedua-duanya menulis buku tentang perjalanan mereka.

Interior Tokyo Camii. Cantik dalam dia. (Gambar via Zunita Ramli)

Pada tahun 1943 Sozuki menerbitkan bukunya, “Pilgrimage to the Place of Seichi Makkah Junrei” menggambarkan pertemuannya dengan Raja Abdul Aziz di Mekah dan bagaimana beliau amat mengagumi keperibadian raja. Buku itu juga diterbitkan dalam bahasa Arab oleh Perpustakaan Awam Raja Abdul Aziz pada tahun 1999.

Lepas banyak sumbangan beliau dalam dunia Islam di Jepun, Umar Yamaoka meninggal dunia di usia 80 tahun pada tahun 1959.

BACA: Telur Sebiji Makan 6 Orang, Tutorial Abang Ni Buat Telur Mata ‘Mini’ Cuit Hati Ramai

BACA JUGA: Jalan Unik ‘Melody Road’ Di Jepun, Keluar Lagu ‘Merdu’ Bila Kereta Lalu

Sumber: Zunita Ramli (Facebook) 

Faiz Mustafa