Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Hantaran jelik kanak-kanak
Sumber: BERNAMA

Hantaran Jelik Terhadap Kanak-Kanak: MCMC Rakam Percakapan Pengguna Media Sosial

Hannah

Hantaran Jelik Terhadap Kanak-Kanak: MCMC Rakam Percakapan Pengguna Media Sosial

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah merakam percakapan seorang pengguna media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lepas berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan itu susulan aduan diterima oleh pihak suruhanjaya terhadap pemilik akaun Facebook yang dipercayai memuat naik gambar seorang kanak-kanak beserta kapsyen bersifat jelik.

“Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada suspek mengikut prosedur ditetapkan dan satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai miliknya yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan telah disita bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, jika sabit kesalahan.

Kenyataan itu menyebut seksyen berkenaan melarang penghantaran komunikasi melalui kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

MCMC mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada sebelum memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan terutama yang melibatkan kanak-kanak.

Suruhanjaya itu komited dalam usaha meningkatkan kesedaran bagi melindungi keselamatan kanak-kanak melalui kerjasama dengan pelbagai pihak selain memastikan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terlibat dengan salah laku terhadap golongan tersebut.

BACA: Harga Mencapai Hingga RM700, “Tote Bag” Percuma Dari Apple Store Dijual Semula

BACA: PTPTN Lancar Kempen Penstrukturan Pinjaman Tertunggak Bermula Serendah RM300

BACA: Bakal Melepaskan Status Ibu Negara, Jakarta Kini Berubah Menjadi Bandar Global

Sumber: BERNAMA