Siakap Keli
Caj
Kredit: Gemini AI

Nak Jimat Kos, Pengantin Caj Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Lebih RM1,400 Seorang

Nak Jimat Kos, Pengantin Caj Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Lebih RM1,400 Seorang

Sepasang pengantin menarik perhatian warganet selepas mengenakan bayaran  $333 (kira-kira RM1,482) kepada setiap tetamu majlis perkahwinan mereka.

Menurut lapor Independent UK, Nova dan Reemo Style yang berasal dari Amerika Syarikat berkata tindakan berkenaan bagi menjimatkan wang yang dibelanjakan.

Kata mereka, mereka mengambil keputusan untuk mengenakan cas kepada tetamu hadir seperti seolah-olah mereka datang ke konsert.

Jika orang ramai sanggup mengeluarkan wang untuk melihat persembahan artis kegemaran, mereka sepatutnya tiada masalah melakukan perkara yang sama kepada orang yang mereka kenal dan sayang.

Difahamkan, Nova dan Reemo mengenakan caj sebanyak $333 kepada setiap tetamu. Harga berkenaan termasuk tempat duduk dalam bas dua tingkat yang ditempah untuk sesi jelajah kota New York selama 12 jam.

Menerusi caj yang dikenakan itu, ia akan membantu pasangan itu menjimatkan perbelanjaan lebih $70,000.

Kos perbelanjaan majlis perkahwinan semakin meningkat

Sementara itu, The Knot berpendapat dalam keadaan kos majlis perkahwinan yang semakin meningkat, pengantin akan menjadi semaki kreatif untuk menjimatkan perbelanjaan.

Ini termasuklah mengenakan bayaran kepada tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan masing-masing.

Data menunjukkan purata kos untuk menganjurkan majlis perkahwinan di Amerika Syarikat pada 2023 adalah sebanyak $35,000.

Kos berkenaan meningkat sebanyak $5,000 daripada kos purata pada peringkat nasional pada tahun sebelumnya, salah satunya didorong oleh inflasi.

Manakala kenaikkan kos bahan mentah dan perkhidmatan-perkhidmatan lain dalam industri penganjuran acara turut meningkatkan lagi kos keseluruhan penganjuran sesebuah majlis.

BACA: “Rider” Meninggal Dunia Didakwa Tahan Lapar Dua Hari, Duit Tak Ada Nak Makan

Sumber: Independent UK

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.