Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Kapal TLDM KD Pendekar
Gambar: FB Persatuan Abang Tanjung Penang

Kapal TLDM KD Pendekar Terkandas Di Tanjung Penyusop Akibat Kebocoran, Kebanjiran Besar

Iqbal Yasir

Kapal TLDM KD Pendekar Terkandas Di Tanjung Penyusop Akibat Kebocoran, Kebanjiran Besar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebocoran dipercayai berlaku apabila kapal yang mula ditauliahkan pada 1979 itu terlanggar objek bawah air.

“Kebocoran mula dikesan di bilik jentera kapal sebelum merebak dengan cepat dan keadaan menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.

“Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian.

Difahamkan insiden itu berlaku pada kira-kira 12 tengah hari tadi dan ketika kejadian, 39 kru sedang bertugas.

TLDM turut merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan dalam insiden berkenaan iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan komuniti maritim yang berada di kawasan berhampiran.

Orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu dan diminta merujuk kepada sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini serta maklumat sebenar.

Menurut laman sesawang Pusat Strategi Maritim TLDM (PUSMAS), KD Pendekar yang merupakan kapal perang jenis pembinasa laju, telah dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden dan dilancarkan pada 11 Nov 1978 sebelum ditauliahkan pada 27 Julai 1979.

Pada awalnya, ia diletakkan dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Kedua sebelum diserap ke Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama di bawah Flotila Ronda.

KD Pendekar berukuran panjang 43.62 meter dan lebar 7.1 meter.

Gambar dan video insiden itu, yang tular di media sosial, memaparkan usaha memindahkan kru serta keadaan terkini KD Pendekar.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Kejadian Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India Disebabkan Faktor Geografi – TPM

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Pasar Malam Lorong TAR Ditutup Sementara – DBKL

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Operasi SAR Ditangguh, Hanya Selipar Mangsa Ditemukan