Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sedap Buat Hidangan Minum Petang, Ini Resipi Bubur Pulut Hitam
Bubur dan selera masyarakat di Asia berpisah tiada. Sebut sahaja bubur, bermacam jenis hidangan terpacul di kepala. Bubur kacang hijau, bubur gandum, bubur barli, bubur jagung dan pelbagai bijirin boleh dijadikan bubur yang enak, kena dengan tekak kita.
Dengan tekstur yang lembut, berkuah pekat, pastinya menjadi kegemaran semua peringkat umur. Dengan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja, satu resipi bubur sememangnya mudah disediakan sebagai hidangan minum petang.
Kali ini, mari ikuti perkongsian resipi bubur pulut hitam daripada seorang pengguna Facebook, Mizah Ngatiman.
Bahan untuk buat bubur pulut hitam ini semua boleh didapatkan di kedai runcit. Sediakan satu cawan beras pulut hitam, satu cawan kacang merah, satu keping gula melaka, setengah senduk gula pasir, santan cair dan daun pandan.
BACA: Sedap Makan Musim Hujan, Ini Resipi Sup Ayam Bungkus Wajib Cuba

Mengikut resipi yang dikongsi Mizah, bubur pulut hitam ini dimakan bersama kepala santan. Anda perlu sediakan bahan kepala santan iaitu santan pekat, dua sudu besar tepung beras, satu sudu kecil garam halus dan daun pandan.
Rendam beras pulut hitam selama tiga jam terlebih dahulu sebelum mula memasak. Setelah itu, rebus dalam periuk nasi menggunakan air biasa untuk jadikan beras pulut hitam lebih empuk. Apabila beras pulut hitam sudah empuk, masukkan ketulan gula melaka.

Masukkan juga gula pasir dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tuang santan cair dan masukkan daun pandan yang sudah disimpulkan. Ini untuk mengelakkan daun pandan berderai dan berselerak di dalam bubur.
Sementara menunggu beras pulut hitam empuk, rebus kacang merah berasingan. Setelah kacang merah empuk, tos dan asingkan di sebelah.
BACA: Jangan Takut, Ini Cara Mudah Nak Buka Penutup Tong Gas
Pastikan bubur tidak ditinggalkan begitu lama. Sekali-sekala, kacau bubur untuk elakkan hangit di bahagian bawah. Apabila kuah sudah menjadi pekat, angkat periuk nasi supaya bubur tidak terus dimasak. Kemudian, masukkan pula kacang merah dan kacau seketika. Dah siap.

Sekarang, mari kita masak kepala santan pula.
Sebenarnya boleh saja kepala santan dimasak serentak ketika memasak beras pulut hitam tadi, tetapi bagi anda yang takut santan tak menjadi, lebih baik masak secara berasingan supaya santan terjaga elok.
Bancuh sedikit tepung beras bersama sedikit santan pekat terlebih dahulu. Kacau sebati hingga tiada ketulan tepung kelihatan.
BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

Masukkan santan pekat ke dalam periuk yang lebih kecil, kemudian masak bersama daun pandan. Gunakan api yang kecil, dan kacau santan sekali-sekala. Jaga kekuatan api untuk mengelakkan santan pecah atau rosak.
Kemudian, masukkan sedikit garam mengikut cita rasa masing-masing, dan tambahkan adunan tepung beras tadi.

Kacau sehingga kepala santan kelihatan pekat dan likat. Tip daripada Mizah untuk ketahui kepala santan dah pekat ialah apabila santan mula meletup-letup. Tutup api, dan sudah boleh dihidangkan.
Kebiasaannya, kepala santan dihidang dalam bekas berasingan dari bubur pulut hitam. Kepala santan hanya dicampur ke dalam mangkuk apabila bubur hendak dimakan.

Selamat menjamu selera.
Sumber: Mizah Ngatiman