Paip Pecah Punca Bas Sekolah ‘Sangkut’ Masuk ‘Sinkhole’
Kejadian lubang besar (sinkhole) yang berlaku di Lebuh Bukit Kecil 3 di Pantai Jerejak, George Town pada Rabu dipercayai berpunca daripada paip Indah Water Konsotium (IWK) yang pecah.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, menyatakan bahawa siasatan awal di tapak kejadian mendapati paip pecah itu mengakibatkan berlaku aliran air bawah jalan atau tanah sehingga berlaku pembentukan lubang.
Menurut beliau, pihak berkuasa segera mengambil tindakan menutup kawasan yang terjejas sebaik menerima laporan pada kira-kira jam 8 pagi.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian skinhole membabitkan diameter 10 meter (m) lebar dan panjang dengan 3m dalam yang mana tanah aktif terhakis dan kawasan sekitar tidak stabil.
“Kerja-kerja mitigasi telah dibuat dengan pemasangan kon penghadang ditapak dan telah menutup jalan terbabit kepada semua kenderaan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah memohon IWK untuk menjalankan siasatan lanjut dengan segera sebelum tindakan bersama dilaksanakan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya.
Terdahulu, insiden tersebut menjadi tular di media sosial, dengan gambar lubang besar yang menyebabkan tayar sebuah bas sekolah terbenam mencuri perhatian netizen.
Jalan berkenaan dilaporkan kerap digunakan oleh kenderaan berat, termasuk bas pekerja yang berulang-alik di kawasan tersebut.
BACA: Lelaki Ditemui Selamat Selepas Dua Bulan Hanyut Tengah Laut
BACA: Kejadian Tanah Runtuh Taman Melawati Ampang
BACA: Amaran Air Laut Pasang Tinggi Di Terengganu, Ini Senarai Kawasan Berisiko Terjejas
Sumber: Sinar Harian