Laluan Dewan Wawasan Menuju Plaza Tol Jitra Ditutup Akibat Banjir Kilat – PLUS
Trafik di laluan Dewan Wawasan menuju Plaza Tol Jitra di Lebuhraya Utara-Selatan mengalami gangguan akibat banjir kilat, hari ini.
Menurut PLUS Malaysia, insiden yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang telah menyebabkan kenderaan daripada Dewan Wawasan yang menghala ke Plaza Tol Jitra telah dilencongkan keluar dari lebuh raya menerusi Persimpangan Jitra Utara.
Mereka seterusnya perlu menggunakan laluan alternatif menerusi Jalan Persekutuan Jitra ke Bandar Darul Aman.
“Pengguna boleh memasuki semula lebuh raya menerusi Persimpangan Jitra Selatan atau Persimpangan Kepala Batas untuk meneruskan perjalanan ke selatan/Hutan Kampung/Alor Setar Utara/Alor Setar Selatan,” ujar hantaran itu.
PLUS Malaysia turut melaporkan trafik sedang bergerak perlahan di laluan berkenaan,
Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS, laman X @plustrafik atau Facebook (PLUS Malaysia) untuk dapatkan perkembangan terkini.
Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati.
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUS di 1800 88 0000, tekan butang SOS di aplikasi PLUS atau menerusi pembantu maya sekiranya berlaku kecemasa dan ingin mendapatkan bantuan.
BACA: Youtuber Terkenal Mati Kesejukan Akibat Salji Tebal Ketika Buat “Content” Sendirian Dalam Hutan
https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad/posts/pfbid0zmpGgSe3fKv3QtUhL4aFsJ1ydZdqhcsLTZC8fvCJoGjzd7wCDQUzaPewzPnJiBjwl
BACA: KTMB Batal Perkhidmatan Tren Khas MySawasdee 1004/1005 KL Sentral – Hat Yai – KL