Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tip Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar dan Tahan Lama
Gambar AI
Tiada Kategori

Tip Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar & Tahan Lama

suhaila

Tip Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar & Tahan Lama

Sambutan Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban merupakan antara perayaan penting umat Islam yang penuh dengan makna pengorbanan dan keinsafan.

Selain ibadah korban itu sendiri, satu perkara yang tidak kurang pentingnya ialah pengurusan daging korban. Terutamanya apabila kita menerima daging korban dalam kuantiti yang banyak.

Jika tidak disimpan dengan betul, daging tersebut akan mudah rosak dan hilang kesegarannya. Oleh itu, amat penting untuk kita mengetahui cara penyimpanan yang betul agar daging korban kekal segar, selamat untuk dimakan dan tahan lebih lama.

Berikut kami kongsikan beberapa tip untuk simpan daging korban agar ianya kekal segar dan tahan lama yang boleh anda amalkan sebagai panduan. Terutamanya menjelang sambutan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

1. Jangan cuci daging sebelum disimpan

Ramai yang beranggapan bahawa mencuci daging sebelum disimpan adalah langkah terbaik untuk memastikan kebersihannya.

Namun sebenarnya, tindakan ini boleh mempercepatkan proses kerosakan kerana air yang berlebihan akan menyebabkan pembiakan bakteria. Air juga boleh mengubah tekstur daging dan menjadikannya mudah berbau.

Sebaiknya, simpan daging dalam keadaan kering tanpa mencucinya terlebih dahulu. Cuci hanya apabila anda ingin memasaknya. Langkah ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat daging malah dapat mengekalkan kesegarannya.

2. Bahagikan daging kepada saiz hidangan

Apabila menerima daging korban dalam jumlah yang banyak, sebaiknya ia dibahagi dan dibungkus mengikut saiz hidangan harian keluarga.

Gunakan plastik pembungkus makanan atau beg ziplock untuk membungkus daging dalam kuantiti kecil. Ini memudahkan proses nyahbeku (defrost) apabila hendak digunakan nanti dan mengelakkan anda daripada menyahbeku keseluruhan daging yang akhirnya mungkin tidak habis dimasak.

Ia juga dapat membantu untuk menjimatkan ruang dalam peti sejuk dan memastikan daging tidak terdedah berulang kali kepada perubahan suhu yang boleh mempercepatkan kerosakan.

3. Gunakan bekas atau plastik kedap udara

Di samping itu, oksigen adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan daging cepat rosak. Oleh itu, penggunaan bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang boleh ditutup rapat sangat digalakkan.

Jika menggunakan plastik, pastikan udara dikeluarkan sebanyak mungkin sebelum ditutup.

Anda juga boleh menggunakan teknik vacuum seal jika mempunyai alat khas. Penyimpanan secara kedap udara membantu mengurangkan risiko pembiakan bakteria dan memastikan daging kekal segar walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

4. Simpan di bahagian sejuk beku (Freezer) dengan segera

Selepas pembungkusan, pastikan daging korban disimpan terus ke dalam bahagian sejuk beku (freezer). Elakkan daripada mebiarkan daging terdedah kepada suhu bilik terlalu lama.

Suhu optimum untuk menyimpan daging dalam peti sejuk beku ialah -18°C. Dalam suhu ini, daging boleh bertahan antara 3 hingga 6 bulan tanpa menjejaskan rasa dan kualitinya.

Jika anda hanya ingin menyimpan daging untuk kegunaan dalam masa 1–2 hari sahaja, bolehlah letakkannya di bahagian bawah peti sejuk biasa (chiller) pada suhu sekitar 0–4°C.

BACA : Panas Terik, 10 Rahsia Rumah Sejuk Tanpa “Aircond”

5. Label tarikh simpanan

Selain itu juga, jangan abaikan langkah mudah tetapi penting ini. Setiap kali anda menyimpan daging korban ke dalam peti sejuk, pastikan anda melabelkan tarikh ia disimpan.

Ini memudahkan anda untuk mengawal tempoh penyimpanan dan mengelakkan penggunaan daging yang telah lama beku melebihi jangka hayatnya.

Tulis tarikh pada pelekat dan tampalkan pada bekas atau plastik simpanan. Dengan cara ini, anda dapat merancang penggunaan daging dengan lebih teratur dan mengurangkan pembaziran.

6. Nyahbeku dengan cara yang betul

Apabila anda ingin memasak daging beku, elakkan mencairkannya di suhu bilik kerana ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang berbahaya.

Sebaiknya, pindahkan daging beku ke ruang bawah peti sejuk (chiller) dan biarkan ia cair secara perlahan semalaman. Jika perlu cepat, gunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) yang mempunyai fungsi defrost.

Pastikan juga daging dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi menjamin keselamatan dan kualiti rasa.

Elakkan juga daripada membekukan semula daging yang telah cair sepenuhnya kerana ini boleh menjejaskan tekstur, rasa dan tahap keselamatannya.

Menjelang sambutan Hari Raya Korban beberapa hari lagi, ramai antara kita akan menerima daging dalam jumlah yang banyak.

Oleh itu, mengetahui cara penyimpanan yang betul adalah sangat penting untuk memastikan daging tidak rosak, kekal segar dan selamat dimakan.

Dengan mengamalkan langkah-langkah mudah ini, anda bukan sahaja mengelakkan pembaziran malah dapat menikmati daging korban dalam keadaan terbaik walaupun selepas berminggu ia disimpan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT.

BACA : 9 Kesilapan Guna Gear Automatik Anda Selalu Buat

Sumber : onestophalal, blog.daraz