Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
sahabat buah tangan rakan
Kredit: TikTok @zahiratu_
Tiada Kategori

“Nak gelak tapi sakit..” Netizen Terhibur Gelagat Sahabat Bawa ‘Buah Tangan’ Untuk Rakan

Nur Alissa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Nak gelak tapi sakit..” Netizen Terhibur Gelagat Sahabat Bawa ‘Buah Tangan’ Untuk Rakan

Jika ditanya dengan siapa paling banyak kita luangkan masa, tentu jawapan yang keluar dari mulut adalah ‘Sahabat’.

Mana tidaknya, kebanyakan masa dihabiskan bersama seperti belajar, bermain, keluar berjalan-jalan atau melepak pun dengan muka yang sama .

Bahkan, sesetengah hubungan persahabatan itu sudah terjalin sejak dibangku sekolah atau sebelum.

Jadi, tidak hairan kadangkala mereka jauh lebih memahami ragam dan perasaan kita berbanding kedua ibu bapa.

Begitulah kisah kemesraan persahabatan yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @zahiratu_ sewaktu menziarahi salah seorang rakannya yang ditimpa sakit.

Lain macam buah tangan

Kredit: TikTok @zahiratu_

Dalam klip tersebut sekumpulan sahabat tiba di hadapan rumah salah seorang sahabat mereka.

Setiap daripada mereka tidak datang dengan tangan kosong apabila masing-masing mempunyai buah tangan.

Menariknya, buah tangan yang dibawa itu disifatkan lain daripada yang lain, seperti mainan dan buah kelapa muda hingga mencuri perhatian ramai.

Sewaktu buah tangan itu diberikan kepada sahabat yang dilawati, reaksi spontan daripada rakan-rakan lain turut terhibur dengan situasi berkenaan.

“Janganlah bagi dekat aku. Aduh sakitnya aku.” ujar rakannya yang sakit.

Sementara itu, salah seorang lagi mengeluarkan set mainan memancing untuk diberikan kepada rakannya yang terlantar di rumah itu.

“Aku salah mainan do, aku ingat tangan kau boleh gerak,” gurau salah seorang kawan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat kemesraan persahabatan mereka. Malah, sebahagian netizen menyifatkan peristiwa sebegini yang akan dikenang suatu masa nanti.

Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa sewaktu diziarahi rakan ketika sakit.

Berikut antara komen netizen;

“Haritu kawan aku kemalangan, pakcik aku melawat dia bagi buah tangan patung Barbie. Kawan aku tu lelaki kau tahu tak. Riuh satu rumah ketawa,” kongsi seorang pengguna TikTok.

“Bagus kawan-kawan macam ni gembirakan kawan yang sakit. Ni baru betul sunnah lawat orang sakit. Kalau datang sama-sama sedih jem kawan haha.” puji seorang netizen.

“Hilang la sakit kawan sekejap dapat kawan-kawan macam ni,” komen seorang pengguna lagi.

Sumber: TikTok @zahiratu_

BACA: Gelagat Bapa Pujuk Anak Cuit Hati Ramai, Bikin Sebak Imbau Kenangan Lalu

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia