Macam Ni Rupanya Pencuri Boleh “Clone” Access Card Korang
Dalam dunia serba moden ni, teknologi banyak memudahkan hidup kita, terutama dalam aspek keselamatan.
Dulu, kunci biasa menjadi keperluan utama untuk masuk ke kawasan peribadi.
Sekarang, kebanyakan pejabat, kondominium dan bangunan ‘penting’ dah beralih kepada penggunaan access card.
Tapi pernah tak korang terfikir, walaupun ada access card, jenayah masih berlaku.
Mungkin korang pernah dengar kes kecurian atau rompakan.
Lebih tragis lagi, ada juga kes kemalangan jiwa akibat sistem keselamatan yang kononnya kukuh tetapi akhirnya berjaya ditembusi.
Macam mana boleh jadi macam tu? Mungkin ramai tak tahu, salah satunya adalah melalui teknik “cloning” access card.
Hati-hati, access card korang mungkin dah kena clone tanpa sedar
Dalam satu perkongsian menarik oleh pengguna TikTok @sarahcybersec, dia menunjukkan bagaimana pencuri boleh clone access card kita dengan begitu mudah.
Lebih mengejutkan, ia boleh dilakukan tanpa perlu menyentuh kad fizikal langsung.
Dalam video tersebut, dia membuat satu simulasi yang menunjukkan bagaimana seseorang boleh menggunakan ‘alat khas’ untuk scan access card dari jarak jauh.
Contohnya, pencuri boleh melakukannya ketika kita meletakkan access card itu dalam beg atau poket.
Alat ni akan ‘menangkap’ data yang tersimpan dalam kad, dan seterusnya, pencuri boleh mencipta kad pendua yang berfungsi sama seperti kad asal.
@sarahcybersec hahh bahaya kan?? hati hati okay!! #cybersecurity #awareness #accesscard #info
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video ni mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Kebanyakannya ‘terkejut’ dengan betapa senangnya jenayah ni boleh berlaku.
Namun, terdapat beberapa komen yang menarik perhatian.
Antaranya, seorang pengguna berkongsi bahawa penggunaan “RFID Blocker” dapat mencegah kejadian ini daripada berlaku.
Jangan sampai jadi mangsa
Kita selalu ingat teknologi menjadikan hidup kita lebih mudah dan selamat. Tapi tanpa kesedaran, teknologi juga boleh memudahkan kerja ‘penjahat’.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ambil tahu cara melindungi access card korang supaya tidak menjadi mangsa jenayah yang semakin licik ni.
Bak kata pepatah, “lebih baik mencegah daripada mengubati”.
BACA: Menarik, Ini Cara Tukar Voice Message Dekat WhatsApp Jadi Teks
BACA: Bayar Pakai QR Tapi Duit Tak Masuk, Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni
BACA: Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih
Sumber: TikTok @sarahcybersec